Luahan wanita dipercayai isteri penunggang motosikal hampir digilis treler


TANGKAP layar rakaman cctv menunjukkan insiden sebuah treler hampir menggilis penunggang motosikal pada kemarin

KEJADIAN seorang penunggang motosikal yang hampir digilis oleh seorang pemandu wanita yang membawa treler pada Rabu menjadi bualan hangat para netizen di segala platform media sosial.

Kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman, Klang pada petang Rabu apabila pemandu treler itu membuat pusingan U di dalam kawasan itu dan melanggar penunggang motosikal yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

Susulan kejadian itu, seorang wanita mendakwa sebagai isteri penumpang tampil memberi respons.

nur amirah

Tangkap layar wanita yang mendakwa isteri penunggang lori itu

"Menangis aku tengok video ini. Ni suami aku, tak terfikir ke penantian isteri dan anak yang tunggu kepulangan suami dan ayah di rumah," kata wanita itu.

"Alhamdulillah ALLAH nak panjangkan umur suami saya," tambahnya.

Dalam tangkap layar komen wanita itu juga menunjukkan dia meluah rasa marah sehingga mendoakan lesen pemandu treler itu ditarik.

Kejadian itu juga mengundang reaksi yang sependapat dengan wanita itu.

Nurul Ecah dalam ruangan komen di laman Facebook Komik and video lawak berkata, isu ini seharusnya dijadikan pengajaran walau sehebat mana pun seseorang itu membawa kenderaan besar.

komen2 lori

Antara komen dari warganet di Facebook

"Kenalah fokus dan berhati-hati agar tidak berlaku hal yang tidak diinginkan," kata Nurul Ecah.

Pemandu treler itu pada kelmarin memohon maaf dan kononnya dia tidak perasan kewujudan penunggang motosikal itu namun warganet menolak alasan yang dia berikan.

"Jawapan biasa tidak nampak perasan. Bahasa senang bagi kes ini ialah cuai. Salah langgar nanti boleh mati," komen dari pengguna Nas Tr.

"Sembang bohong tidak nampak. Orang pakai tinted gelap, kau pun nak tinted gelap lepas tu tidak nampak keadaan sekeliling," pengguna Facebook Wan Safuwan memberikan komen.

Berhubung kejadian itu, polis Klang Utara mengesahkan pemandu treler itu merupakan wanita berusia 35 tahun dan siasatan masih dijalankan.

Mangsa merupakan lelaki berusia 29 tahun dan mengalami kecederaan yang tidak membahayakan nyawa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram