'Hitam putih' penting walaupun nafkah bulanan antara suami isteri


HANTARAN bebenang itu mendapat lebih 4130 retweet. — Twitter
BARU-BARU ini, isu usahawan Nur Amirah yang mendakwa dikhianati oleh suaminya, El Azman menjadi bualan hangat warganet apabila suami usahawan itu tiba-tiba saja membuang namanya dalam senarai pemegang saham syarikat.

Ekoran daripada isu ini, ramai warganet di laman media sosial Twitter memberikan pandangan termasuk pengguna Twitter, Izzatisheikha yang memberitahu kontrak hitam putih itu penting dalam apa pun urusan.

"Makcik saya seorang peguam syariah, dia pesan hitam putih tu penting. Sebab bila kahwin, sudah sayang sangat dah tidak fikir sangat pasal ini. Bila dah naik mahkamah macam-macam hal. Terutamanya bab nafkah kalau boleh jangan bagi tunai, lebih baik online transfer yang ada rekod.

"Pernah ada kes, isteri dia cakap suami dia tak pernah bagi nafkah langsung. Tapi si suami pertahankan yang memang setiap bulan dia bagi wang tunai. Tapi bukti tiada. Bila transfer online, ada bukti," tambahnya dalam bebenang Twitter itu.

izzati
Bebenang Twitter dari Izzatisheikha


Dia turut menasihatkan nafkah setiap bulan itu perlu ada rekod dan bukti, apatah lagi melibatkan soal urusan perniagaan dan syarikat.

Dalam hantaran Twitter yang lain, pengguna Twitter, Tatty Hassan yang juga merupakan seorang peguam menegaskan, apabila membuat perniagaan dengan suami ataupun kawan, lebih baik berunding dengan peguam untuk melindungi hak masing-masing.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha bersama bagi jenama pakaian Elrah Exclusive itu mencuri tumpuan umum apabila berada dalam proses perpisahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram