BERITA perpindahan Baddrol Bakhtiar dan Khairul Fahmi Che Mat ke Sabah ternyata mendapat perhatian meluas penyokong Kedah dan Melaka United.
Malah status InstaStory Baddrol pada Ahad, menguatkan lagi khabar angin bahawa dia akan berhijrah ke Borneo pada musim depan, manakala Khairul Fahmi juga dilaporkan akan mengikut jejak kapten Kedah itu.
Bagaimanapun, laman Facebook penyokong Hijau Kuning, Kedah Revo menjawab spekulasi tersebut yang disifatkan sebagai tidak benar.
Hantaran dari Kedah Revo
Hantaran Kedah Revo juga menyatakan bahawa kedua-dua pemain berkenaan hanya sekadar ingin mengimbau kembali sahaja tarikh sejarah dimana Malaysia menjuarai pingat emas Sukan SEA di Jakarta pada 2011.
21 November 2021 menjadi tarikh keramat di mana pasukan bola sepak Malaysia B-23 berjaya menewaskan pasukan Indonesia pada ketika itu.
Warganet lain memberi komen di Facebook Kedah Revo rata-rata menyokong dengan dakwaan dua pemain itu akan berpindah ke Sabah adalah dusta semata.
"Dia memang pergi Sabah tapi makan anginlah," kata pengguna Facebook Subidi Din.
"Keduanya masih relevan dan hebat, buktinya masih dipanggil ke skud ke kebangsaan, Amri tidak apalah sebab nak pencen dah. Baddrol dan Khairul yang hebat masuk Sabah? Jangan buat lawak," kata pengguna Yazidazyan Al-black.
Antara komen yang diberikan mengenai isu perpindahan dua pemain itu
Terdahulu, Majoriti cuba mendapatkan penjelasan lanjut tentang isu itu, tetapi Baddrol dan Khairul Fahmi masing-masing memilih untuk berdiam diri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram