'Lagi lambatlah habis belajar jika wajib jalani khidmat negara'


PELAKSANAAN program khidmat negara perlu melihat kepada situasi semasa pendidikan negara.

CADANGAN ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam sidang Dewan Rakyat berhubung pelaksanaan program seperti 'latihan khidmat negara' buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat reaksi hangat di laman sosial Twitter.

Satu hantaran oleh @proudwalla yang membincangkan tentang perkara tersebut secara asasnya mempersoalkan bagaimana pelaksanaan program tersebut boleh membantu rakyat.

plkn 1

Tulisnya, realiti sistem pendidikan (pengajian tinggi) di Malaysia mempunyai durasi yang panjang sekurang-kurangnya enam tahun untuk memperoleh ijazah.

"Menghabiskan masa tiga tahun untuk diploma, manakala ijazah pula tiga tahun. Jika ditambah program latihan khidmat negara (PLKN) dua tahun terlebih dahulu maka lapan tahun diperlukan untuk habis belajar.

"Ketika itu umur sudah hampir mencecah 30 tahun, gaji minimum masih RM1,500. Mahu minta jawatan tinggi perlu pengalaman, bagaimana ia membantu rakyat?," tulisnya.

Ramai yang bersetuju dengan pendapat berkenaan dan melihat pelaksaan program sedemikian perlu melihat kepada situasi semasa pendidikan negara.

plkn 2

Seorang pengguna Twitter, @not_teejaynfjay mempertikai contoh yang diberikan oleh ahli Parlimen berkenaan tentang pelaksanaan program tersebut di Singapura, Korea, Taiwan dan Jepun.

Katanya, perbandingan berkenaan tidak selari dengan sistem pendidikan di Malaysia kerana di sana mereka memperoleh diploma menerusi pengajian di peringkat menengah.

"Sistem pendidikan mereka lebih baik sedangkan di Malaysia memakan masa yang lama.

"Ini berikutan setiap tahap pengajian diperoleh secara bersaingan dan ia memakan masa yang lama," kongsinya.

Seorang lagi pengguna, @PuteraPutehh juga tidak bersetuju dengan perbandingan itu namun, melihat pelaksanaan program seumpama itu sebagai langkah yang baik.

"Bagaimanapun, perlu dilihat kesesuaian semasa dan bagaimana ia membentuk kehidupan golongan muda di usia 20-an," komennya lagi.

@M_Aziff99 pula berpendapat bahawa sebelum pelaksanaan PLKN, kajian perlu dilakukan terhadap isu pelajar Malaysia yang lambat habis belajar kerana sistem pendidikan yang panjang.

"Sistem pendidikan terlalu panjang jika mahu dibandingkan dengan negara lain, malah ramai pelajar yang terjerat dengan hutang pendidikan," ujarnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

plkn, spm, pendidikan, ijazah, diploma, Johari Abdul