KEMATIAN kanak-kanak perempuan yang dilanggar van sekolah pada Jumaat lalu menggemparkan seluruh negara, selain mendapat perhatian dan simpati orang ramai.
Menerusi satu video tular di laman sosial, mangsa digilis van berkenaan ketika berjalan melintasi kenderaan itu dari bahagian hadapan.
Rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan, mangsa yang memakai beg sekolah berwarna merah jambu sebelum itu dilihat turun dari sebelah kanan pemandu dan menghala ke arah hadapan van, dipercayai mahu menuju masuk ke rumah transit tersebut.
Difahamkan, kemalangan berlaku melibatkan sebuah 'van sekolah' di hadapan rumah transit di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seroja, Sepang membabitkan murid tahun satu sekolah berkenaan dikenali sebagai Nur Alisha Safia.
Turut memberi perhatian mengenai kemalangan itu, Abudi Alsagoff tidak menolak kemungkinan kematian kanak-kanak itu disebabkan mangsa melintas pada titik buta pemandu.
Jelas atlet 'freerunner' profesional itu, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada menggunakan alat bas yang dipanggil 'crossing arm' bagi mengelakkan kemalangan membabitkan bas.
Ilustrasi 'crossing arm' bagi mengelakkan kemalangan bas. — Facebook
Beliau berkata, ia adalah satu inovasi pada bas sekolah yang mempunyai tanda STOP atau BERHENTI di tepi bas.
"Bila bas berhenti, ia akan terbuka keluar dari sisi bas enam hingga 10 kaki, lengkap dengan kelipan lampu merah.
Pintu akan terbuka keluar dari sisi bas pada jarak enam hingga 10 kaki. — Facebook
"Ia bagi memastikan pemandu dari kedua arah berhenti hingga semua anak-anak selamat turun melintas jalan," katanya menerusi laman Facebook.
Katanya, alat berkenaan perlu diwajibkan untuk digunakan pada van dan bas.
"Di Malaysia ni, perlu tunggu kroni politikus yang mana untuk lobi implementation road safety for our school children?" soalnya.
Tampil menjawab persoalannya, pengguna Facebook menempelak sikap segelintir ahli politik yang mementingkan diri sendiri dan pemalas.
"Boleh jawatan hanya kepala nampak untuk diri sendiri. Bolot segala boleh, benda simple, kaji sistem luar negara untuk setiap isu yang berlaku.
"Mana yang baik boleh terus bentangkan dan implement. Budget tak tinggi konon, nak tak nak je. Yang renovate rumah PM boleh pula berpuluh juta lulus macam tu sahaja. Untuk keselamatan dan nyawa rakyat buat bodoh je. Selfish politician," katanya berang.
Tangkap layar komen-komen netizen di Facebook.
"Tunggu kena dekat anak geng-geng politik atau kroni mereka baru nak gelabah nak implement," kata Ahmad Shakir Ridzuan.
Sebahagian komen netizen di laman Facebook.
Are Yoii pula menulis, pemandu van tidak seharusnya membiarkan kanak-kanak melintas dan turun dari van seorang diri, sebaliknya perlu turun bersama serta memastikan kanak-kanak tersebut turun dan melintas dengan selamat.
"Ibu bapa atau pengasuh juga bertanggungjawab memastikan dan mengambil anak ketika menghantar dan mengambil dari van sekolah," katanya.
Keselamatan kanak-kanak perlu dititikberatkan terutamanya ketika turun dari bas dan melintas jalan. — Facebook
Selain itu, Zain Zaini berkata, reka bentuk jalan ke sekolah mempunyai kesilapan kerana tidak unsur keselamatan.
"Dah tahu waktu peak pasti jammed, dengan double parking lagi, dekat situ juga buat jalan kecil berkongsi dengan laluan utama.
"Tak boleh ke design jalan akan datang khas untuk ke sekolah sahaja. Ada kemudahan untuk parking bas dan kenderaan ibu dan bapa," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram