Budak tujuh tahun maut digilis van sekolah di Sepang


  • 112
  • Jumaat, 12 Nov 2021

TANGKAP layar insiden budak maut dilanggar van di hadapan sebuah rumah transit dalam kejadian di Sepang.

SEORANG kanak-kanak perempuan malang dipercayai maut selepas dilanggar pemandu van sekolah yang dinaiki mangsa di hadapan sebuah rumah transit dalam kejadian di Taman Seroja, Sepang pada tengah hari Jumaat.

Menerusi satu video tular di laman sosial, kanak-kanak tersebut digilis van berkenaan ketika berjalan melintasi kenderaan itu dari bahagian hadapan.

Rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan mangsa yang memakai beg sekolah berwarna merah jambu sebelum itu dilihat turun dari sebelah kanan pemandu dan menghala ke arah hadapan van dipercayai mahu menuju masuk ke rumah transit tersebut.

Difahamkan, kemalangan berlaku melibatkan sebuah 'van sekolah' di hadapan rumah transit di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seroja, Sepang membabitkan murid tahun satu sekolah berkenaan dikenali sebagai dikenali sebagai Nur Alisha Safia.

Video tersebut yang dikongsi di Facebook mendapat lebih 1,700 tontonan setakat ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa meninggal ketika menerima rawatan.

Pemandu van itu pula katanya, sedang dirakam percakapan buat masa ini. — Majoriti

Menyusul....

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram