'Plat fancy, kereta VVVVIP berani usik ke?'


ANTARA contoh gambar no.plat kenderaan yang tular di media sosial dan tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. — JPJ

SUSULAN tular gambar-gambar kenderaan menggunakan nombor plat fancy, rata-rata netizen mendakwa nombor pendaftaran yang mengelirukan itu selalunya dipakai oleh golongan kayangan pada kenderaan mewah milik mereka.

Warga maya turut mendakwa, ada sebahagian golongan terbabit kononnya terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang kerana reputasi mereka yang dilabelkan sebagai 'untouchable'.

Seorang netizen, Haffis Musthafa mendakwa, kebanyakan yang menggunakan nombor plat fancy adalah kumpulan VVVVIP, namun yang dikenakan saman adalah golongan rakyat biasa.

"Yang VVVVIP ni mana berani nak usik kan. Hanya mampu senyum lambai tangan sahaja.

"Yang lebih cepat kena saman adalah orang biasa. Yelah orang biasa ni kan bukan berduit sangat nak bayar saman. Sebab tu ikut je peraturan," tulisnya di Facebook pada Khamis.

fancy 1

TANGKAP layar komen netizen berhubung pemakaian plat fancy pada kenderaan. — Facebook

Komen Haffis turut dipersetujui pengguna Facebook yang menggunakan nama Shah EchoGolflima yang mendakwa, selain golongan VVIP, ada sesetengah pihak berkuasa yang menyalahi undang-undang dengan menggunakan nombor plat fancy.

"Kalau (kesalahan pemakaian nombor plat fancy) dalam kalangan golongan VIP dan VVIP serta pihak berkuasa yang berbuat demikian berjaya dibanteras, hal ini akan menjadi ikutan di peringkat bawahan (rakyat biasa)," katanya.

Begitupun, seorang lagi pengguna Facebook menggunakan nama Cerita Kambing Buffet pula menolak dakwaan trend penggunaan nombor plat fancy hanya melibatkan golongan VVIP semata-mata, sebaliknya dia berpendapat, ada juga sebahagian rakyat marhaen yang turut berbuat demikian.

"Jangan kata golongan VVIP atau VIP je, malah kini dah jadi macam trend pula. Yang marhaen pun ramai buat (plat fancy). Dari kereta Lamborghini hinggalah Y1/4 (Yamaha Y15ZR)," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, netizen meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemaskini sistem supaya dapat mengesan nombor plat fancy pada kenderaan.

fancy 2'

TANGKAP layar komen netizen berhubung pemakaian plat fancy pada kenderaan. — Facebook

Faiz Warez mencadangkan sistem sedia ada ditambah baik dengan memasukkan alat pengesan font supaya nombor pendaftaran yang mengelirukan dan kabur dapat dikesan dengan lebih efektif.

"Berpuluh juta manusia nak kawal memang agak susah, jadi kemas kini sistem sistem. Mikrocip pun robot boleh kesan.

"Kod QR pun boleh diimbas walaupun corak pelik-pelik. Nak buat dengan tak nak buat sahaja," tulisnya.

Pengguna Facebook, FJ DerhakeOpiser pula mencadangkan supaya kerajaan menyeragamkan rekaan plat pendaftaran kenderaan dan menjadi pihak tunggal mengeluarkan nombor pendaftaran.

"Tiada lagi pihak ketiga atau kedai aksesori yang boleh menukarnya. Standard untuk semua kenderaan seperti negara-negara luar," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram