Lagi kes pemandu lawan arus di Johor, kali ini Perodua Alza


  • Tular
  • Isnin, 01 Nov 2021

TANGKAP layar video tular yang menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Alza bergerak melawan arus di Johor.

SEJAK kebelakangan ini, kejadian pemandu memandu secara berbahaya melawan arus semakin menjadi-jadi di negara ini.

Baru-baru ini, sebuah video menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Alza bergerak melawan arus di Johor tular di media sosial.

Kejadian dirakam oleh seorang pengguna Faceboook Aliff Haiqal pada Ahad, yang mengatakan kejadian itu berlaku di jalan Skudai-Pontian berdekatan stesen minyak Shell.

Kereta tersebut dilihat bergerak di laluan paling kanan dan hampir-hampir melanggar sebuah kereta yang berada di laluan tersebut.

Netizen mengecam tindakan pemandu itu dan ada yang menyalahkan kelemahan undang-undang terhadap pemandu yang melawan arus menyebabkan kekerapan kejadian seperti itu

Menurut netizen, pihak berkuasa terlalu berlembut dengan pemandu yang melawan arus dan denda yang dikenakan juga terlalu ringan menyebabkan mereka tidak takut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

perodua, alza, lawan arus, johor, pontian, skudai