SIAPA yang tidak gemar akan nasi kandar yang merupakan salah satu makanan kesukaan rakyat Malaysia.
Tidak kira di mana sahaja lokasi di Malaysia, juadah ini merupakan makanan yang mudah ditemui dan tidak sah jika ada yang sanggup beratur untuk menikmatinya terutama di kawasan Utara seperti Pulau Pinang dan Kedah.
Bagaimanapun satu perkongsian di grup laman sosial Facebook, Taping D Av@ngers pada Jumaat oleh pemilik akaun Atie Wati Ikornin mendedahkan rahsia di sebalik keenakan nasi kandar yang membuatkan ramai 'ketagih'.
Dalam hantaran itu, Atie menceritakan bahawa ramai yang gian mahu makan nasi kandar kerana penggunaan rempah kus kus dalam juadah itu.
Katanya, kus kus atau biji popi merupakan ubat penahan sakit pertama yang dihasilkan daripada bunga popi dan digunakan oleh Cendikiawan Islam, Ibnu Sina sebagai penahan sakit sejak kurun ke 11.
"Sebab itu ilmu perubtan Ibnu Sina tidak pernah lapuk dan digunakan sehingga kini, namun bezanya saintis masa kini tidak menggunakan komponen keseuruhan bahan itu tetapi hanya yang aktif (morfin) sahaja.
"Berbalik kepada kus kus yang digunakan dalam masakan sebenarnya ia memberi kesan yang lebih baik kerana morfin yang ada dalamnya hadir bersama-sama bahan lain," katanya.
Tambah Atie lagi, orang ramai tidak seharusnya mengambil mudah tentang makanan yang mereka ambil setiap hari.
Jelasnya lagi, dia kecewa apabila pihak kesihatan menganggap makanan sekadar memberi tenaga sedangkan bapa perubatan Islam mengatakan sebaliknya.
Menceritakan tentang nasi kandar, Atie mengatakan bahawa mereka beruntung kerana biasanya kus kus digunakan dalam masakan tersebut.
"Sebab itu bila makan nasi kandar kesannya seperti 'lalok' dan seperti ketagih, malah ramai akan selalu rasa mahu makan di kedai mamak.
"Saya mahu pesan jika ada yang positif dadah selepas makan nasi kandar, beritahu sahaja yang anda baru lepas makan ‘nasi ganja’ di Ipoh, Perak," selorohnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram