Antivaksin: 'Senang cerita, buat balik ISA'


PEMBERIAN vaksin dalam kalangan remaja akan mengurangkan risiko pandemik terhadap golongan berkenaan. — Bernama

BARU-BARU ini tular di media sosial berhubung satu video yang memaparkan seorang wanita menuntut supaya pelajar sekolah tidak diwajibkan mengambil vaksin Covid-19.

Wanita terbabit mendakwa dua kematian membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai, Ipoh, Perak adalah berpunca daripada vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, dua kematian itu berpunca daripada penyakit kencing manis dan penyakit jantung.

Malahan jelas kenyataan berkenaan, kedua-dua remaja itu meninggal dunia sebelum Program Vaksinasi Covid-19 untuk Remaja bermula pada 20 September.

Tindakan wanita itu menerima reaksi daripada netizen di media sosial.

Netzkorner

Antara komen netizen di Twitter. — Twitter Khairy Jamaluddin

"Senang cerita, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin adakan balik akta ISA. Memang kejam tapi sungguh berkesan dalam membendung benda-benda macam ini," tegas seorang pengguna Twitter, @MRhidzuan.

"Wanita-wanita yang kelihatan di dalam gambar juga tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal," kata seorang lagi pengguna Twitter, @nisha_.

"Khairy, dah tiba masa ambil tindakan. Di group parents sekolah anak saya, MRSM, ibu bapa antivaksin ini sebar dakyah palsu ini. Bagi parents yang tetap hati memang tak terkesan tapi yang atas pagar akan confuse. Do something YB, please," kata pengguna Twitter, @sha_hussin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram