"Saman setiap kepala, bukan kepada penganjur sahaja!'


KKM mendedahkan yang Pejabat Kesihatan Kepong mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional.

BARISAN Nasional (BN) dikenakan kompaun dibawah Akta 342 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 4 kerana penganjuran majlis sosial.

Kompaun dinamakan kepada Setiausaha Eksekutif BN itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Kepong dan diarahkan membayar RM10,000.

Mengikut surat kompaun yang dimuatnaik di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tawaran kompaun itu akan habis tempoh pada 9 November ini.

Walaupun sudah pun membuktikan ketegasan KKM dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19, ramai netizen nyata tidak berpuas hati kerana kompaun itu tidak diberikan kepada individu seperti yang dihadapi rakyat biasa.

Bagi pengguna Facebook bernama Khairul Anam, selain penganjur, individu yang hadir juga patut dikenakan kompaun.

wayang

“Selain daripada penganjur, sepatutnya semua yang hadir di perhimpunan tersebut kena kompaun, biar adil. Kerajaan perlu tegas.

“Kita tidak mahu kenaikan kes Covid-19 selepas PRN sebagaimana berlaku di Sabah berulang lagi,” katanya yang turut memetik nama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Saman setiap kepala, bukan kepada penganjur sahaja! Baru adil,” kata seorang lagi pengguna, Aizzat Alias.

“Sepatutnya diberi saman setiap seorang yang berada ditempat keramaian seperti yg telah dilakukan KKM pada rakyat biasa sebelum ini,” Khijazi Kj.

Malah ada yang menyifatkan kompaun itu dikeluarkan lebih kepada menutup kritikan rakyat.

wayang1

“Wayang,” kata Abd Basith.

“Perbualan antara mereka. Awak saman je saya pastu post kt Facebook nanti kita dapat la projek tersebut. Dan disusuli dengan orang awam yang bakal disaman juga. Padahal semua satu hati nak jayakan satu misi,” kata Aniff Rahmat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kompaun, kkm, BN