'Matematik mudah pun tak betul, macam mana mahu tangani masalah negara?'


KENYATAAN Hanipa terhadap Najib kembali dibidas netizen. — The Star

TINDAKAN Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menimbulkan persoalan tentang kebenaran mahkamah beri pelepasan passport kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melawat anaknya di Singapura seakan beri ‘bola tanggung’ kepada lawannya.

Hanipa mendakwa apa keperluan Najib ke Singapura hampir sebulan kerana dia adalah bukan bidan untuk menguruskan kelahiran anaknya.

Kenyataan yang dikeluarkan ketika membahas usul untuk mengungkai Ordinan-ordinan Darurat di Dewan Rakyat itu jelas menghadirkan rasa bingung dalam kalangan rakyat dan ada yang mempersoalkan kreadibiliti Hanipa sebagai Ahli Parlimen.

Najib sendiri menimbulkan persoalan kepada Hanipa kenapa perlu membahaskan keputusan itu kerana keputusan sudah pun dibuat pihak mahkamah.

“Yang berikan saya pelepasan ke Singapura adalah Mahkamah Rayuan dengan keputusan sebulat suara ketiga-tiga hakim. Bukan kerajaan yang benarkan.

“Jadi, buat apa kamu menyalak di Dewan Rakyat? Takde lagi isu penting negara ke? Kamu nak kerajaan campur tangan dalam urusan mahkamah atau keputusan hakim ke?,” soal Najib.

Malah kenyataan yang dikeluarkan Hanipa juga turut mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen dan menganggap isu berkenaan tidak wajar dibangkitkan.

Hanipa

“Kesian dapat wakil rakyat macam ni. Matematik mudah nak kira bilangan hari pun tak betul. Macam mana nak tangani masalah negara.. Haru betul la,” kata salah seorang pengguna Facebook, Rozakiah Mustafa.

Malah, ada juga pengguna media sosial yang mahu Hanipa ‘turun padang’ melihat rakyat di Sepang yang sedang dihimpit masalah banjir.

Hanipa1

“Aduh Hanipa. Baik fikir nak settle masalah banjir kat kawasan dia. Datuk kalau jumpa dia pesan kat dia tentang isu ini,” kata Fitri Akob di ruangan komen ciapan Najib di Facebook.

Ada juga yang rakyat yang tampil menyarankan Hanipa supaya tidak mencapuri keputusan mahkamah.

“Mahkamah dah lulus, kenapa nak pertikaikan. Urusan masing-masing tak payah sibuk. Banyak perkara lain yang awak kena tumpukan,” kata Kamaliah Daud. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

hanipa, najib razak, singapura