"BUKANKAH lebih wajar untuk Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) DAP ini mengawal kemarahan beliau dan bertindak profesional dengan membawa masalah tersebut untuk dibincangkan di peringkat tertinggi?" kata Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Demikian respons penganalisis politik itu susulan sebuah video memaparkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning, V. Ganabatirau yang naik angin ketika melakukan pemantauan isu banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas.
Video berdurasi 2 minit 42 saat itu menunjukkan Adup DAP itu berang dipercayai selepas tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di lokasi.
Ganabatirau berkata, masih tiada satu solusi daripada pihak JPS, sedangkan isu banjir di Taman Sri Muda sudah berlarutan sejak sekian lama.
"Kerja bodoh ini macam, tak boleh buat kerja. Itu menunjukkan tiada perancangan. Tak tau baca punya orang. Awak bukan jurutera bertauliah kalau perkara sebegini pun tak dapat diselesaikan," katanya.
TANGKAP layar Adun DAP memaki hamun pegawai JPS.
Mengulas lanjut perkara itu, Kamarul Zaman berkata, pegawai JPS terbabit bukan sahaja dimaki secara terbuka, malah videonya juga disiarkan secara terbuka di laman Facebook Adun berkenaan bagi tujuan beliau saja yang tahu.
"Tidak dinafikan mungkin pegawai JPS tersebut ada melakukan kesilapan, tapi wajarkah beliau dimaki secara terbuka oleh Adun DAP ini dan rakaman video beliau dimaki pula dihebahkan?
"Jika pemimpin DAP sudah boleh berkelakuan begini bila hanya berkuasa di peringkat negeri, bagaimanalah agaknya perlakuan mereka jika mereka kembali berkuasa di peringkat pusat?" soalnya di laman Facebook.
ANTARA komen-komen netizen di laman Facebook.
Turut memberi respons, pengguna Facebook, Ramli Din berkata, tindakan Adun memarahi dan memberi komen ke atas pegawai JPS tidak benar.
"Kakitangan kerajaan ada maruah bawa berbincang secara baik," katanya.
Tarmizi Yahya pula mengingatkan pegawai JPS itu supaya tidak diperbodohkan dan dimarah di khalayak ramai.
"Di mana maruah kita? Jangan kita tiada maruah diri," katanya.
"Exco tak beradab, kurang ajar dan tak sedar diri," tulis Mohd Sabri Sidek. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram