'Rakyat didenda, ahli politik diberi peringatan..Oh Malaysiaku'


AHLI politik harus jadi contoh terbaik kepada rakyat termasuk mengenakan pelitup muka dengan sempurna seperti diarahakan kerajaan kepada seluruh rakyat

SEJAK dilantik sebagai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat cukup bersungguh dalam memastikan Malaysia dapat keluar daripada dihantui pandemik Covid-19.

Pendekatan Khairy juga cukup tegas dan menekankan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) tanpa mengira apa juga kedudukan seseorang individu.

Terbaharu, Khairy memberi peringatan kepada semua orang khususnya ahli politik supaya kekal mengamalkan pemakaian pelitup muka dengan sempurna.

Namun bagi netizen, Khairy wajar menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk ‘mengajar’ ahli politik supaya menjadi contoh terbaik buat rakyat.

Seakan mula bosan dengan apa yang diserlahkan arena politik negara, ada pengguna media sosial mempersoalkan adakah ahli politik di negara ini lengkap vaksin?

Bagi pengguna, Abdul Rani Kulup Fans, Khairy tidak wajar bersikap double standard memandangkan rakyat terus ditekan supaya segera mendapatkan suntikan.

KJ

“Pelitup muka je kau berani tegur. Kenapa tak tegur dua ahli parlimen yang tak ambil langsung vaksin tu?

“Ada 35 ahli Parlimen baru lengkap satu dos vaksin. Kalau rakyat pandai pulak kau kejar sampai lubang cacing,” katanya.

“Berapa ramai ahli politik yang dah vaksin?,” soal Muhamad Izuan Zakariya.

KJ2

Malah ada pengguna media sosial yang kecewa apabila ada ahli politik hanya mengenakan pelitup muka ‘asal boleh’ dan mahu saman dikenakan kepada mereka yang ingkar seperti dipraktikan kepada rakyat.

“Kerap kali tengok orang politik pakai mask pun selalu terlondeh. Pakai la mask yang sesuai dengan muka sendiri,” Kedai Wasiat.

KJ1

“Samanlah, beri peringatan buat apa. Patut jadi contoh yang baik buat rakyat. Kalau rakyat laju je saman tapi masa undi rakyat juga yang dicari,” kata Abd Rahim

“Rakyat didenda, ahli politik diberi peringatan. Bukan sekali dua, pun bukan seratus dua ratus kali. Oh Malaysiaku,” Mustaqim Abdul Rahman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram