PRN Melaka: 'Kenapa tak buat undi atas talian?'


SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka adalah pada 20 November depan. — The Star

KEPUTUSAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Malah, ada yang memberi idea bernas bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Menurut Brian L S Long, dia mencadangkan supaya sistem undi dilakukan secara atas talian atau e-vote berbanding secara bersemuka.

Katanya, sistem keselamatan undi atas talian perlu ditingkatkan bagi mengelakkan undi hantu.

Dengan sistem itu, katanya, lebih ramai yang akan turut serta untuk mengundi termasuk individu yang berada di luar negara.

"Tak payah susah-susah nak balik negara. Pandemik pun tak settle (selesai) lagi," katanya.

Dia juga menyarankan supaya PRN itu tidak perlu dilaksanakan sekiranya undi yang dilakukan bukan secara atas talian.

"Kenapalah tak boleh berubah mengikut keadaan. Tetap dengan pendirian yang lama," katanya kesal.

template (47)

Antara komen-komen netizen di laman Facebook.

Bersetuju dengan perkara itu, Mohamad Jamalul Khairul berkata, meskipun undi atas talian boleh dilaksanakan namun ahli politik lebih memilih untuk melaksanakannya secara bersemuka.

"Sebab boleh dapat sumbangan dana kempen dari penyumbang-penyumbang. Padahal pemerintah boleh je buat projek berbilion-bilion.

"Tapi kenapa tak mahu buat sistem undi online?" soalnya.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh pada Isnin berkata, tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka ditetapkan pada 8 November, manakala tarikh mengundi pula pada 20 November depan.

Jelasnya, seramai 28 pengurus pilihan raya dilantik dan dibantu 80 Penolong Pegawai Pengurus.

Manakala bagi pemantauan pula, SPR telah menubuhkan 28 pasukan petugas kempen pilihan raya yang diwakili Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan dan wakil-wakil calon bertanding.

"SPR menyasarkan 70 peratus pengundi keluar mengundi. SPR memohon kerjasama semua pihak parti politik dan media dalam menggalakkan pengundi keluar mengundi," katanya. — Majoriti

undi atas talian, PRN Melaka, netizen