SPR halusi kaedah elak kesesakan semasa PRN


  • Primer
  • Isnin, 18 Okt 2021

BEBERAPA kaedah akan diperhalusi bagi mengurangkan kesesakan pada hari pengundia PRN Melaka yang dijadualkan 20 November ini.

BEBERAPA kaedah akan diperhalusi bagi mengurangkan kesesakan pada hari pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan 20 November ini.

Pencegahan penularan Covid-19 menjadi perkara asas utama yang menjadi pertimbangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, panduan pencegahan yang akan digunakan sepanjang PRN adalah berpandukan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Daripada segi SOP di pusat mengundi memang ketat (dengan) syarat-syarat vaksin, pemakaian pelitup muka, penjarakan dan sebagainya memang ada. Di peringkat urusetia serta petugas kita tidak akan bertolak ansur.

“Kepada semua pengundi janganlah turun (serentak) kerana kita ada waktu 8 pagi hingga 5.30 petang. Waktunya agak panjang yang mana kalau boleh warga emas awal pagi, yang muda biarlah lewat sedikit supaya tidak berlaku kesesakan.

“Kita akan buat cadangan masa untuk keluar mengundi melalui aplikasi seperti Mysejahtera,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Bagi melengkapkan proses, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 8 November manakala untuk pengundian awal dilakukan 16 November. — Majoriti

prn melaka, spr, SOP