SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Bagi melengkapkan proses, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 8 November manakala untuk pengundian awal dilakukan 16 November.
Pengumuman ini dilakukan sendiri Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu.
Melaka mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeru (DUN).
SPR sudah pun melantik 28 pegawai pengurus pilihan raya dan akan dibantu 80 penolong pegawai.
"Bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen, SPR menubuhkan 28 pasukan petugas kempen pilihan raya yang dianggotai wakil Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding,” katanya.
Beliau berkata, daftar pemilih yang digunakan bagi PRN Melaka adalah Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun Kedua 2021 (ST2/2021) yang dikemas kini sehingga 3 Oktober 2021.
Daftar pemilih itu mengandungi seramai 495,196 pengundi dan SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi PRN berkenaan adalah sebanyak 70 peratus. — Bernama