Enggan berdiri ketika lagu kebangsaan, tarik semula kerakyatan Malaysia


DR Zainur menyarankan supaya hukuman lebih serius dikenakan ke atas pelaku yang enggan berdiri ketika lagu kebangsaan berkumandang.

TINDAKAN tujuh ahli Sarawak 4 Sarawakian (S4S) yang enggan berdiri ketika lagu kebangsaan berkumandang sememangnya tidak wajar, kerana ia adalah salah satu maruah negara yang perlu dilindungi.

Memberi respon mengenai perkara itu, Dr Zainur Rashid Zainuddin menyarankan supaya ketujuh-tujuh pelaku dikenakan hukuman lebih berat.

“Cadangan saya, sama ada dikenakan hukuman yang serius yang sepadan dengannya atau ditarik kerakyatan Malaysia. Beranikah?” soal Pengerusi Yayasan Ikhlas itu dalam hantaran ringkas di laman Facebook pada Jumaat.

template (44)

Antara komen-komen netizen di laman Facebook.

Memberi komen mengenai perkara itu, pengguna Intan Nurain Latif menggesa supaya kerakyatan pelaku ditarik semula kerana bertindak melampau.

“Dah beranak cucu pun tak tahu lagu negaraku,” kata Adi Ibni Halim.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan tujuh individu, yang sebelum ini dibebaskan atas tuduhan enggan berdiri ketika lagu kebangsaan berkumandang dalam satu acara, untuk membela diri pada 28 Oktober.

Keputusan itu dibuat setelah mahkamah berkenaan mengizinkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan mereka oleh Mahkamah Majistret, menurut Borneo Post.

Hakim Zaleha Rose Pandin berpendapat, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketujuh-tujuh tertuduh.

7-ahli-S4S_email-2122020

Tujuh ahli S4S yang sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Majistret. —FMT

Pada 2 Disember 2020, Mahkamah Majistret membebaskan dan melepaskan tujuh ahli Sarawak for Sarawakians (S4S), berusia 33 hingga 64 tahun, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Ketujuh-tujuh tertuduh, iaitu Alex Leong, Kon Tai Keong, Bong Sak Sin, Andrew Chong, Tan Kok Chiang, Pui Ping Ping dan Phang Ngin Pen mengaku tidak bersalah pada 11 Oktober 2019 atas tuduhan tidak menghormati lagu kebangsaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh didenda RM100 atau dipenjarakan tidak lebih sebulan, jika sabit kesalahan. — Majoriti

Dr Zainur, lagu kebangsaan, S4S