'Tolonglah, kali ini betul-betul boleh rentas negeri'


RAKYAT diminta bersabar sementara menunggu kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus sebelum kebenaran rentas negeri diumum dalam tempoh terdekat. —The Star

DALAM tempoh terdekat kita akan umum rentas sempadan, dah berkali aku dengar, rentas Langkawi terbang boleh, aku nak jumpa mak ayah aku sangat-sangat.”

Demikian respons seorang pengguna Facebook, Nazama Ab Halim yang kecewa dengan kenyataan ulangan kerajaan, yang seolah-olah sengaja memberi harapan kepada rakyat untuk membenarkan aktiviti merentas negeri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat berkata, kebenaran merentas negeri yang akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari lagi berkuat kuasa serentak di seluruh negara.

Perdana Menteri itu berkata, kebenaran serentak itu berikutan kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa 80 peratus, apabila purata vaksinasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90 peratus.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersabar sementara menunggu kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus dan akan mengumumkan kebenaran rentas negeri dalam tempoh terdekat.

"(Rentas negeri) serentak seluruh negara. Walaupun janji peringkat awal 80 peratus (kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa), tapi program vaksinasi di negeri masih di peringkat rendah iaitu sekitar 60, 70 peratus,” katanya.

template (42)

Antara komen-komen netizen yang kecewa dengan harapan diberikan kerajaan berkaitan rentas negeri.

Turut kecewa dengan perkara itu, Mohd Fazly Mat Daud menggesa kerajaan supaya hanya mengumumkan kebenaran rentas negeri apabila tiba waktunya.

“Tak payah beritahu nak umum dalam masa terdekat. Ni macam dia dekat tapi jauh,” katanya.

Pearyie Peyel pula berkata: “Payah sangat nak umum. Umum je la. Duk tahan-tahan tak nak umum lagi apa masalah. Stress rakyat menanti untuk pulang jumpa ibu bapa di kampung.”

“Berapa banyak kali statement (kenyataan) akan umum dalam tempoh terdekatnya, tapi taka da pun. Jangan la tipu,” tulis El Yan.

template (43)

Komen-komen netizen di laman Facebook.

Sherie Al Sagoff yang bosan dengan kenyataan kerajaan berkaitan perkara itu turut mendesak supaya ia segera diumumkan.

“Tak payah lah buat statement rentas seluruh negara la apa. Orang dah rimas tahu ke rimas,” katanya kesal.

Pada masa sama, Hafezul Latif mendesak kerajaan supaya tidak memberi harapan dan membuatkan rakyat berteka-teki mengenai kebenaran merentas negeri.

“Ibu bapa nak uruskan anak sekolah lagi. Ada yang dah lama tak balik jenguk mak ayah di kampung,” katanya. — Majoriti

rentas negeri, PM, netizen