PENGUMUMAN Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang membuka Pulau Langkawi, Kedah kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik pada bulan lalu, semestinya memberi keterujaan kepada rakyat Malaysia yang telah sekian lama terkurung di rumah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, kenyataan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo bahawa kanak-kanak berusia tiga tahun dijangkiti wabak Covid-19 ketika bercuti di Langkawi baru-baru ini jelas memberi amaran kepada orang ramai, terutamanya ibu bapa supaya tidak terlalu teruja dengan aktiviti pelancongan, yang turut akan memberi kesan kesihatan kepada anak-anak.
Pengguna Facebook, Audrey Lim Property yang kesal dengan perkara itu berkata, dia berasa kasihan dengan kanak-kanak terbabit yang mempunyai ibu bapa bersifat mementingkan diri sendiri.
“Holiday more important (Bercuti lebih penting),” katanya.
Komen netizen yang tidak bersetuju ibu bapa membawa kanak-kanak untuk melancong.
Kenyataan itu mendapat persetujuan daripada beberapa pengguna Facebook lain.
“True (betul),” tulis Fkm Fkm.
Shanta Devi pula berkata: “well said (kata-kata yang benar)”
Pada masa sama, Sidah Rosidah yang berpendapat sama berkata, dia menasihatkan orang ramai supaya duduk di rumah kerana mengasihani anak-anak masih kecil.
“Gaban suka ria melancong di musim-musim wabak ini. Mendapat,” katanya.
Komen-komen kecaman netizen di laman Facebook.
Sufiyyatus Sakienah menulis: “Gatal sangat bagi melancong ke Langkawi sangat.
“Orang nak balik kampung je duduk diam-diam dengan mak ayah. Hampeh punya gelembung,” katanya.
Pengguna dikenali Sirap Limau Ais berkata: “Kasihan dekat budak-budak. Aku yang tua pun pergi kedai tak berani makan sit. Tapau terus makan rumah,”
Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah pada Jumaat mengesahkan terdapat kes pertama positif Covid-19 membabitkan pelancong di Langkawi dalam gelembung pelancongan, iaitu seorang kanak-kanak berumur tiga tahun.
Othman dilaporkan berkata, hasil siasatan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, kanak-kanak berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu tiba bersama ibu bapanya di Langkawi pada jam 7.30 malam, 24 September lalu dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Beliau berkata, pada keesokannya (25 September), kanak-kanak itu mula mengalami demam dan dibawa mendapatkan rawatan pada 26 September lalu disahkan positif Covid-19. —Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram