PERKEMBANGAN teknologi kini bergerak terlalu pantas. Semakin dikejar, semakin jauh ia meninggalkan kita.
Kalau dahulu, pendrive atau USB drive adalah satu peranti yang sangat penting dan membantu untuk menyimpan dan memindah data, namun kini penggunaannya dilihat sebagai satu pembaziran apatah lagi apabila ia digunakan dalam kuantiti yang banyak.
Ini kerana, dengan teknologi yang ada sesiapa boleh menguruskan data yang disimpan secara dalam talian seperti Google Drive dan iCloud dan sebagainya.
Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni berkongsi empat keping foto yang memperlihatkan beberapa USB drive yang didakwa masih digunapakai oleh agensi-agensi kerajaan.
"Koleksi USB drive Laporan Tahunan dari agensi-agensi kerajaan diletak atas meja ahli Parlimen.
"Seperti CD, pemberian USB ini juga pembaziran kecil walaupun boleh dimaanfaat sebagai bootable usb windows atau ubuntu, laporan masih boleh download...," tulisnya.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna Twitter yang lain.
Pada masa sama, Lukanisman memberitahu, isu tersebut pernah diketengahkan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto sejak tiga tahun lalu.
Hantaran itu turut mendapat pelbagai reaksi pengguna Twitter yang berpendapat pihak kerajaan perlu mengikut peredaran teknologi bagi mengelakkan pembaziran di saat ekonomi negara belum stabil sepenuhnya.
"Sembang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) tapi masih guna pendrive. Tak pernah dengar cloud storage ke," kata @ezlhlmy.
"Dah lima tahun tak guna pendrive. Relevan lagi ke pendrive ni?," kata @leleee_10.
"Sekurang-kurangnya ada kontraktor dapat cari makan supply pendrive," kata @lukanisman. — Majoriti