'Turunkan harga barang, naikkan gaji lagi bagus'


NETIZEN lebih mengharapkan ada penetapan gaji minimum berbanding terus dihulurkan bantuan oleh kerajaan. — Gambar hiasan/Facebook

KERAJAAN baru-baru ini dilaporkan menumpukan kepada 3R iaitu mempercepat pemulihan, memperkukuh daya tahan ekonomi dan memangkinkan pembaharuan dalam Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melihat langkah untuk memperkembangkan dan meletakkan asas itu adalah usaha pembaharuan kerajaan yang lebih luas dan bagi jangka panjang dengan menjadikan kelestarian yang berterusan sebagai fokus utama.

Bantuan kewangan juga akan diteruskan kepada mereka yang paling terjejas terutamanya kumpulan B40, penganggur dan golongan rentan, jelas Tengku Zafrul.

Namun bagi pengguna Facebook, Ucop Malique, menurunkan harga barang keperluan merupakan antara kaedah yang boleh diguna pakai untuk tempoh lebih lama.

“Turunkan harga barang keperluan atau naikkan gaji. Rasanya itu lebih baik dan berpanjangan,” katanya.

gaji

“Gaji minimum mohon dinaikkan,” kata seorang lagi pengguna Facebook, Mohamad Faidzal.

“Luluskan RM10,000 KWSP lah,” tambah pengguna lain, Mohd Rozaimi Mohd Rozaimi.

Dalam masa sama, ada juga yang tampil meminta pihak kerajaan supaya turut memberikan perhatian kepada pesara kerajaan.

“Tengok-tengok sama pesara kerajaan di bawah rm1500,” kata Tajuddin Taib.

gaji2

Bagaimanapun, rakyat menerusi platform media sosial tidak mahu bersikap ‘makan suap’ dan mahu kerajaan mencari jalan bagi mengatasi kos sara hidup yang makin meningkat.

"Nanti orang kata selalu bagi duit nanti orang jadi malas. Sekarang pun orang dah kata ****** malas,” kata Paktih Hai Paktih Hai. — Majoriti

bajet 2022, gaji, kos sara hidup