'Kalau kereta pun kena servis dua tiga kali setahun, inikan pula sistem paip dan saliran'


AIR Selangor menyarankan penduduk di 998 kawasan di sekitar Lembah Klang membuat persiapan bagi menghadapi gangguan bekalan air selama empat hari mulai Rabu.
GANGGUAN bekalan air mentah di Lembah Klang sejak, bukanlah pertama kali berlaku dan setiap kali pengumuman dibuat, pastinya mengundang marah masyarakat kerana terpaksa berdepan masalah serupa beberapa kali.

Terbaharu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyarankan penduduk di 998 kawasan di sekitar Lembah Klang membuat persiapan bagi menghadapi gangguan bekalan air selama empat hari mulai Rabu.

Walaupun rata-rata rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, namun terdapat segelintir pengguna melihat perkara dari sudut yang positif.

Salah seorang pengguna Facebook, Mohd Shahrir Ermy berkata, orang ramai seharusnya mengambil kira usaha yang dilakukan pihak bertanggungjawab dalam menyediakan bekalan air mentah yang cukup dan bersih kepada rakyat khususnya di Lembah Klang yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.


Pandangan berbeza diberikan oleh salah seorang pengguna Facebook mengenai isu gangguan bekalan air di Lembah Klang.


"Syukur kita diberi nikmat air, bagi kita senanglah nak kritik dan komen syarikat air dari negeri tertentu, tapi disebalik nak memberi air yang cukup dan bersih, kita tidak tahu susahnya.

"Tak mengapalah air tidak ada dua tiga hari, yang penting kita dibekalkan dengan air bersih, kalau kereta pun kena servis dua tiga kali setahun, inikan pula sistem paip dan saliran sesebuah negeri.

"Lagi-lagi Selangor yang mempunyai kepadatan penduduk, berjuta orang nak disediakan air... tak nak lah jadi macam negeri-negeri lain yang sumber airnya tidak bersih, air setiap masa tidak ada... mugkin tidak sepopular Selangor.

"Apa-apa pun terima kasih pada kakitangan pengurusan dan pekerja-pekerja syarikat air Selangor yang bekerja keras untuk sediakan air yang baik untuk rakyat Selangor," tulisnya di Facebook. — Majoriti

gangguan air, Air Selangor,