Tunggu masa umum rentas negeri


  • Primer
  • Jumaat, 08 Okt 2021

ISMAIL memberitahu bahawa beliau akan mengumumkan kebenaran rentas negeri secara serentak selepas seluruh negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi. – The Star

PERDANA Menteri, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob memberitahu, kebenaran rentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara beberapa hari lagi.

Jelasnya, kebenaran itu dijangka akan akan diumumkan beliau apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 90 peratus.

"Jadi sebab itulah kita akan umumkan dalam waktu terdekat, sehari, dua hari, tiga hari ke tak tahulah.

"Kita akan umumkan serentak kalau seluruh negara dah capai 90 peratus (kadar vaksinasi), kita jangka purata negeri-negeri sudah pun melebihi 80 peratus.," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sasaran kadar 90 peratus vaksinasi populasi dewasa semakin hampir apabila 89.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat malam Khamis.

Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan sempadan negeri akan dibuka apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai tahap 90 peratus. – Majoriti

Ismail, rentas negeri, umum, vaksin, Covid-19