KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sudah pun meluluskan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 selepas enam bulan dos kedua diberikan kepada individu berusia 18 tahun ke atas.
Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-365.
Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin ini dipantau dan dinilai berdasarkan data terkini dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun, ramai daripada orang ramai seakan kurang berminat dengan dos penggalak dan merasakan dua dos sudha memadai ketika negara makin hampir mencapai imuniti kelompok.
Bagi seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Nilam Biru, dia seakan sukar untuk menerima dos ketiga dan merasakan banyak lagi altenatif lain yang boleh digunakan.
"Dos pertama, cukup aku terima dengan hati terbuka. Dos Kedua, aku paksa hati terima. Dos ketiga, hati aku telah mati untuk terima.
"Banyak lagi alternatif lain boleh diguna pakai untuk mengatasi kehidupan mendatang. Berikan lah dos ketiga kepada individu yang betul-betul memerlukan pada masa yang tepat.
"Aku rasa aku tak perlu pada dos ketiga. Apa yang perlu aku jaga sekarang, iman dan amal yang perluku jaga kerana aku datang darinya, begitulah juga akhirnya kehidupan aku di dunia akan pulang kepadanya," katanya.
Malah ada juga yang merasakan adalah lebih baik mentri dan ahli politik tampil di barisan paling depan menerima dos penggalak, bukannya menjadikan rakyat sebagai bahan ujikaji.
"Dr (doktor) pun kena ambil dos penggalak juga. Jangan arahkan rakyat je. Semua kena rakyat buat dulu, sebab kalau tak bagi rakyat buat dulu ujikaji tak berjaya.
"Boleh ke dos penggalak ini bagi dekat kesemua ahli menteri dan ahli politik terlebih dahulu. Buat uji kaji dekat dorang (mereka) sebab dorang kalau apa-apa berlaku pun tak susah gaji besar.
"Kalau rakyat lepas vaksin kesan sampai seminggu sakit lepas itu tidak dapat turun kerja. Gaji kena potong macam mana?," kata Pelita Hidup.
Selain itu, seorang lagi pengguna Facebook, Hamidah Ishak menjelaskan segalanya terserah kepada individu untuk membuat keputusan berkaitan dos penggalak.
"Berita pagi tadi KJ (Khairy Jamaluddin) cakap untuk dos pengalak ini ikut siapa yang nak je, tiada paksaan. Siapa nak cucuk, cucuk lah, siapa tak nak pun boleh," katanya. — Facebook