PRN Melaka: 'Undi nyawa sendiri, duduk rumah jaga SOP'


KRISIS politik di Melaka memberi bayangan kemungkinan satu lagi PRN akan diadakan ketika pandemik.

KEMELUT politik di negara ini seakan tidak berkesudahan dan terbaharu Melaka bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketika ini, PRN Melaka berkemungkinan akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkembangan ini memaksa rakyat di negeri itu sekali lagi keluar ke pusat-pusat mengundi untuk memilik wakil rakyat yang baharu.

Namun apakah rakyat di negeri itu benar-benar bersedia untuk keluar mengundi ketika masalah pandemik kini belum lagi selesai?

Ada yang berpendapat boikot PRN adalah tindakan kurang bijak yang memungkinkan calon tidak berkualiti memenangi pertandingan hingga merisikokan masalah sama berulang selepas ini.

Bagaimanapun, pendirian rakyat seakan mula hilang keyakinan dengan politik dan situasi ini dapat dilihat secara jelas menerusi komen-komen di media sosial.

Untitled3

Reaksi rakyat berhubung PRN Melaka

Bagi pengguna Facebook, Sham Jalil, risiko 'lompat parti' sentiasa ada dan jika ia berlaku sekali gus membuang masa rakyat ketika keluar mengundi.

"Tak payah (pergi) ngundi. Boikot je, musim Covid-19 pula tu. Siapa-siapa menang pun sama je. Lepas tu dok main lompat parti, buang masa je," katanya.

combineUntitled

Antara komen rakyat di ruangan komen Facebook

Malah ada yang merasakan ahli politik menjadikan PRN Sabah sebagai pedoman selepas pemilihan ketika itu mencetuskan gelombang besar penularan Covid-19.

"Tidak insaf lagi lepas pru Sabah. Ganti ahli politik pi (pergi) kerja frontliner, bagi diaorang rasa kerja tak habis-habis," kata Apin Chee.

Dalam masa sama, ada juga yang merasakan adalah lebih baik untuk mementingkan kesihatan kendiri berbanding keluar mengundi dan menimbulkan persoalan adakah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan reaksi terhadap PRN kali ini.

"Undi nyawa sendiri. Duduk di rumah jaga SOP. Yang ini KKM tak nak pulak komen apa-apa ek," kata seorang lagi pengguna Facebook, Fiz Fizzy. — Majoriti