Rakyat minta Pak Long luluskan pengeluaran RM10,000 KWSP


ISMAIL Sabri mempengerusikan mesyuarat ECERDC melalui sidang video pada Isnin. — Facebook

HANTARAN media sosial Facebook Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkenaan mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada Isnin menarik perhatian warga netizen.

Ismail dalam statusnya berkongsi tentang mensyuaratnya bersama ECERDC yang menekankan usaha untuk membangunkan ekonomi di Pantai Timur.

ismail pantai timur

ISMAIL dalam statusnya menyatakan mesyuarat bersama ECERDC yang menekankan usaha untuk membangunkan ekonomi di Pantai Timur. — Facebook

Di samping itu beliau juga menyatakan bahawa usaha berkenaan bertujuan untuk menambahbaik kualiti hidup sedia ada, mencipta peluang pekerjaan, serta meningkatkan keupayaan usahawan Industri Kecil dan Sederhana.

Meskipun ramai yang menyokong usaha kerajaan untuk mengenal pasti peluang-peluang untuk merancakkan lagi pembangunan di Pantai Timur, ramai pula yang meminta 'Pak Long' bantuan hidup dan kelonggaran aktiviti.

Antara permintaan yang palng banyak diajukan di dalam ruangan komen adalah kelulusan pengeluaran I-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 sekaligus.

komen ismail

ANTARA komen yang disuarakan netizen dalam hantaran Ismail. — Facebook

Rata-rata netizen berharap agar Ismail dapat mempertimbangkan perkara itu termasuk seorang pengguna Facebook, Ouija Board.

Ouija dalam komennya meminta simpanan KWSP RM10,000 dapat dikeluarkan sekali gus kerana menurutnya pada saat ini rakyat sedang berdepan kesukaran kewangan.

Ada juga yang meminta supaya disegerakan prosedur operasi standard (SOP) untuk sektor perancang majlis.

Pemilik akaun Mohd Sukor Othman memberitahu SOP untuk sektor berkenaan perlu disegerakan kerana industri tersebut sudah semakin kritikal.

Begitu juga komen yang ditinggalkan oleh Nurzalifah Mhd Shariff yang menyatakan bahawa perniagaan khidmat perancangan majlis, katering dan ruang majis dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Di sebalik permintaan netizen itu, ada pengguna Facebook yang menyokong usaha kerajaan untuk ekonomi Pantai Timur namun.

Ada di antara mereka yang mencadangkan supaya Ismail meneruskan projek Koridor Super Pantai Timur yang diusulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahamd Badawi.

Perkara turut diketengahkan oleh pemilik akaun Idris Moktar Moktar dalam ruangan komen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ismail Sabri, Pantai Timur, SOP, bantuan, KWSP, 10K