'Dia khianat orang tak apa, orang lain tak boleh'


PENARIKAN sokongan blok Umno yang menyokong Zahid terhadap Muhyiddin dikatakan menjadi permulaan kepada krisis politik negara Ogos lalu.

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Melaka Keempat Belas secara rasminya dibubarkan berkuatkuasa 4 Oktober 2021 selepas tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan negeri yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu kenyataan pada Selasa.

Antara Adun yang mengumumkan penarikan sokongan itu adalah Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan Adun Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan yang merupakan ahli Umno.

Berikutan insiden tersebut, presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada Adun Umno yang dianggap menjadi punca kepada krisis politik Melaka bahawa mereka akan menerima tindakan tatatertib dari parti termasuk surat pemecatan.

Bagaimanapun, netizen mempertikaikan kenyataan Zahid dengan mengingatkan kembali polemik yang dicetuskan olehnya yang membawa kepada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu.

Antara komen-komen netizen terhadap Zahid.

"Kalau khianat kerajaan abah (Muhyiddin Yassin)...macam mana pula ya? Saja tanya," soal Dyaziz Djuhari.

"Dia buat orang tak apa. Demi Rakyat katanya," perli Zeno Valentino.

"Masa ko rampas federal tak nak sembang pula," luah Mohd Firdaus Esa

"Bapa berjalan macam ketam, anak-anak jalan macam ketam juga," kata Mohd Hafiz Manan.

"Sendiri pun jenis kaki khianat.. hahahaha.." kata Mohd Zarif Adyab pula.

"Kianat kerajaan Malaysia apa cerita?" soal Junaiddie Jusoh. — Majoriti

zahid hamidi, krisis politik, dun melaka