'Jika pulau ini kotor, pelancong tak datang lagi'


LANGKAWI terpalit pula isu sampah yang berpunca daripada individu tidak bertanggungjawab. — Agensi

PEMBUKAAN gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah sedikit sebanyak telah mengubat 'rasa gian' rakyat untuk bercuti dan merehatkan minda.

Dalam keghairahan orang ramai membanjiri pulau peranginan itu, terpalit pula isu sampah yang berpunca daripada individu tidak bertanggungjawab.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad berkongsi dalam hantaran di Facebook tentang situasi 'sampah' di Langkawi.

tun fb

MAHATHIR berharap agar penduduk Langkawi tidak bergantung kepada agensi Kerajaan semata-mata. — Facebook

Dalam status berkenaan, ahli Parlimen Langkawi itu menzahirkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan dan pihak lain yang terlibat di dalam gotong royong pembersihan sampah terapung dari perairan Kuah ke Bukit Malut.

Beliau juga pada masa sama menyarankan supaya pentadbiran Langkawi mempertimbangkan usaha gotong royong bersama penduduk dan pengusaha industri pelancong.

"Saya harap penduduk Langkawi tidak bergantung kepada agensi kerajaan semata-mata, tetapi bersama-sama jaga kebersihan persekitaran pulau kita ini.

"Jika pulau ini kotor, pelancong di masa hadapan mungkin tidak minat untuk datang dan dengan itu kita akan hilang punca pendapatan yang kita nikmati hari ini," tulisnya.

Perkongsian Tun tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang kagum dengan keprihatinan beliau terhadap isu tersebut dan berarap agar pelancong dapat bersama-sama menjaga kebersihan pulau itu.

Salah seorang pengguna, Yeng Simon turut berkongsi komen ucapan terima kasih kepada petugas yang terlibat dalam pembersihan sampah di Langkawi.

Dalam komen tersebut dia juga berharap semua pihak mengambil tanggungjawab untuk menjaga kebersihan bersama-sama.

"Ribuan terima kasih tun dan ahli ahli pertugas, ini adalah sikap timbang rasa kita untuk pelancong.

"Jangan membuang sampah sewenangnya dan masalah ini boleh diselesaikan," ujarnya ringkas.

tun yeng

YENG menasihatkan supaya pelancong tidak membuang sampah sewenang-wenangnya. — Facebook

Seorang lagi pemilik akaun, Ramesh Munasamy berkongsi pendapat bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan tegas teerhadap isu ini.

Tulisnya, tindakan berterima kasih kepada pihak yang membetulkan keadaan dan memaafkan pelaku salah tidak akan menambah baik keadaan.

tun ramesh

RAMESH berharap agar kerajaan mengambil pendekatan yang tegas dan tiada kompromi. — Facebook

"Kita kata Malaysia boleh tetapi sikapnya tidak berubah maka perkataan Malaysia boleh itu tidak akan bermakna.

"Tindakan yang paling tepat adalah bersikap tegas dan tiada kompromi. Negara-negara yang maju mencapai matlamatnya dengan prinsip sistem. Kita memang ada sistem tetapi tidak kekal," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mahathir, pelancongan, langkawi, sampah, pelancong