UMNO sudah pun membuat pendirian untuk tidak menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri menegaskan yang keputusan itu tidak hanya kata sepakat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020.
Malah, Ahmad Zahid juga menjelaskan yang partinya menolak pembentukan gabungan politik dengan Perikatan Nasional (PN) sebaliknya kekal memperkasa Barisan Nasional (BN).
Pendirian yang dibuat Umno itu turut mendapat sokongan daripada penyokongnya yang mahu melihat perubahan berlaku pada PRU akan datang.
Seorang pengguna Facebook, Faridzul Azlan berkata, keputusan itu jelas dan tidak mahu ada cubaan untuk mengubah pendirian parti.
“Loud & Clear. Jangan ada yg buat buat lupa keputusan PAU 2020. Dan jangan ada cubaan untuk mengubah keputusan Umno untuk menolak kerjasama dengan PPBM pada PRU15. Jika ada yang berminat sangat dengan PPBM, sila tinggalkan Umno dan isi borang PPBM,” katanya.
“Itu yang akar umbi inginkan. Pru15 nanti andai Pas tidak bersama Umno, harap Umno bertanding di semua kerusi,” kata Nina Razak.
Ada mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahid yang secara khususnya mendengar apa yang dimahukan akar umbi.
“Tahniah...PRESIDEN !!!! Suara presiden senada dengan kehendak akar umbi. Tiada kerjasama dengan parti katak,” kata Mohd Zani.
“Terbaik. Memang itu yang kami di bawah ni mahukan. Tak lupa apa yang PPBM dah lakukan kepada Umno sebelum dan selepas Pru14,” kata Ali Sadikin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram