Pelaksanaan RUU355 dipertikai


KONTROVERSI membabitkan kerajaan membenarkan cabutan khas nombor ramalan kepada 22 kali setahun mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat. — ART CHEN/The Star

ISU berkaitan kerajaan membenarkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan kepada 22 kali setahun berbanding lapan kali sebelum ini terus menjadi pertikaian rakyat terutamanya masyarakat Muslim di negara ini.

Tindakan kerajaan itu turut mencetuskan bantahan daripada PAS dan menegaskan kontroversi tersebut tidak akan timbul sekiranya Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU 355 dapat direalisasikan.

"Kalau datang RUU ini mudah sahaja, bukan sahaja 22 cabutan, hendak buat 55 atau 100 kali pun boleh, tidak ada masalah tapi mesti membabitkan golongan bukan Islam sahaja," kata Ketua Dewan Ulama Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh seperti dipetik Sinar Harian pada Ahad.

Tambah Nik Muhammad Zawawi, RUU 355 itu satu peraturan yang wajib dikuatkuasakan ke atas umat Islam sahaja dan tidak membabitkan masyarakat bukan Islam.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen di Facebook.



ANTARA reaksi netizen di Facebook. — Facebook Sinar Harian

"Jangan buat hukum dulu, cegah dan kurangkan, baru buat hukum. Banteras dahulu, terus buat hukum itu zalim.

"Contoh judi, kurangkan dulu baru buat hukum, kurangkan pengeluaran arak mengikut kadar yang perlu bagi yang bukan beragama Islam, tambah dulu penguatkuasaan aset dan kelengkapan baru cerita tentang hukum.

"Bantu dulu mereka yang susah, beri peluang kepada peniaga, petani, nelayan dan bantu rakyat daripada semua sudut. Kita bukan hanya buat hukum kemudian ia kembali menindas rakyat.

"Bukan aku tak sokong tapi sediakan dulu apa yang patut kemudian baru buat pelaksanaan. Jangan hanya sekadar melepas batuk ditangga, maka kamu akan menjadi kerajaan yang zalim," kata pengguna Facebook, Arif MohdArif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

RUU355, netizen, Facebook, PAS, nombor ramalan