KENYATAAN Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pada Sabtu menegaskan bahawa Pekerja yang enggan menerima vaksin masih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 walaupun tiada akta khas berkaitan vaksinasi.
Ini kerana menurutnya, tindakan pekerja tidak mahu mengambil vaksin boleh dianggap sebagai mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja lain di tempat mereka bekerja.
Namun, kenyataan Saravanan itu dianggap keterlaluan oleh sebahagian netizen yang mempersoalkan mengapa tindakan seperti itu harus diambil sedangkan kerajaan sendiri tidak mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat.
"Ini paksaan, dalam borang vaksin dengan rela hati, caption di sini berunsur paksaan, screenshot gi balai buat report biar makamah tentukan siapa yg betul sebenarnya," kata Nor Zalina.
"This is all too much. are you threatening those who refuse to be vaccinated? It is their rights and they decide the best way they want," soal Steve Chong pula.
Antara komen-komen netizen yang mempersoalkan kenyataan Saravanan. — Facebook
Ada juga yang berkata kerajaan seharusnya terus terang dalam isu vaksin dan tidak bermain tarik tali tentang kewajipan untuk mengambilnya.
"Istilah " sukarela" hanya tinggal kenangan," kata Bayu Astana.
"Pulak...dah...hari tu cakap...hak individu...ni wajib pulak dah," kata Zam Stylo pula.
"Tak wajib tapi boleh ambil tindakkan.. Tak wajib tapi boleh dibuang kerja.. Tak wajib tapi tak boleh itu ini.. Kenapa tak wajibkan ja.. Tak payah la main tarik tali nampak sangat ngok ngek kan kan kan..." ujar Jack Man. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram