Membazir! Hentikan spam rakyat dengan SMS daripada MKN


MESEJ yang dihantar oleh MKN mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. — Agensi

AHLI Parlimen Segambut, Hannah Yeoh baru-baru ini menggesa agar kerajaan menghentikan mesej berkenaan Covid-19 melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada rakyat.

Ujar Yeoh, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) diingatkan supaya tidak mensia-siakan SMS dengan menghantar mesej retorik yang dilihat seolah-olah sudah menjadi 'spam'.

"Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk SMS tersebut? Saya mahu kerajaan dedahkan perbelanjaan ini.

"Hentikan pembaziran dan kerajaan mesti hentikan 'spam' rakyat," katanya dalam sesi sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Teguran Yeoh itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di Twitter.

"Memang kerajaan pakar pembaziran. Bayangkan RM600 juta diagihkan kepada rakyat terus," kata pengguna Twitter, @fnbz57.

"Nak kata hampir setiap hari dapat mesej rasanya tidak. Yang penting dapat info berguna," ujar seorang lagi pengguna Twitter, @PiqShim.

"Mungkin boleh dikurangkan kekerapan dia. Awal dulu dibuat untuk pastikan semua maklum prosedur operasi standard (SOP) yang dah ditetapkan dan nasihat berterusan untuk elak kita tak lupa. Sekarang ini dah mula terbiasa dengan norma baharu," menurut pengguna Twitter, @JalakTuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Hannah Yeoh, MKN, SMS, spam,