
SEORANG pengguna Twitter melahirkan rasa kecewa melihat Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim yang didakwa membazirkan wang semata-mata mahu menayangkan poster bersaiz gergasi di papan iklan jalan raya di ibu negara.
Menurut @CenPolo, dia mengharapkan papan iklan terbabit boleh 'dilihat' sampai ke Perlis.
"Hari itu punya poster tak cukup besar. Kali ini menteri Wilayah buat lagi besar. Harap boleh nampak sampai ke Kangar," ujarnya.
Status itu turut mengundang reaksi kebanyakan netizen di laman terbabit.
Menurut seorang pengguna @rosie_ros3, dia sependapat dengan @CenPolo.
"Perabis duit. Papan iklan digital berapa mahal ini. Membazir," ujarnya.
Antara pelbagai komen lain yang dilontarkan oleh netizen. — Twitter @CenPolo
Seorang lagi pengguna, @AimanMoeis tidak menggemari papan iklan seperti itu diletakkan di sekitar jalan raya.
"Aku benci betul papan iklan berskrin LED macam ini. Silau nak m****s. Sakit mata.
"Tiada siapa ke nak regulate menatang ini? Makin banyak pula aku tengok," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram