Dos ketiga: 'Utamakan dulu yang belum lengkap vaksin'


KERAJAAN diminta mengutamakan individu yang belum lengkap vaksin sebelum memikirkan dos penggalak.

KEPUTUSAN kerajaan untuk memberikan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 bermula Oktober ini mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pihaknya sudah mengenal pasti golongan rentan atau golongan berisiko yang akan diberi keutamaan menerima dos penggalak berkenaan.

Antara golongan yang diberi keutamaan menerima suntikan adalah warga emas yang memiliki komobiti atau masalah kesihatan yang kronik dan petugas barisan hadapan.

Bagaimanapun, rakyat melihat keutamaan sekarang adalah melengkapkan imuniti kelompok dan bukannya terlalu memikirkan soal dos penggalak.

combinedos3

Antara reaksi pengguna Facebook berkaitan dos ketiga

Ini kerana ada yang beranggapan adalah lebih baik kerajaan selesaikan individu yang belum divaksin atau pun melengkapkan dos kedua mana-mana individu yang sudah dapat suntikan pertama.

Bagi pengguna Facebook, Azmi Mohd Harith, dia mahu kerajaan beri tumpuan keapda mereka yang belum lagi menerima suntikan.

“Patut bagi yang masih menunggu dos pertama,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Norhamizan Ali Alizan Irsyad turut tampil dengan pendapat sama.

“Selesaikan dulu mana yang tak lengkap divaksin atau yang belum divaksin. Ada yang tertinggal nantu kalau dok kalut dos ketiga,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

netizen, khairy, suntikan vaksin