SEKALI pun sudah melakukan permohonan maaf dan mengakui kekhilafan yang berlaku, isu ‘double standard’ yang berlaku di Masjid Putra Putrajaya ketika solat Jumaat terus diperdebatkan.
Sudah menjadi lumrah, rakyat negara ini khususnya pengguna media sosial galak mengemukakan hujah masing-masing.
Kenyataan pihak masjid berhubung kuota jemaah seramai 300 orang juga antara topik yang hangat diperkatakan.
Pengguna Facebook, Azmi Aida berkata, soal kuota bukan perkara pokok yang harus diperjelaskan sebaliknya lebih kepada layanan ‘istimewa’ diberikan kepada golongan VIP.
“Bukan itu persoalannya. Bab kuota semua orang tahu. Yang orang persoalkan kenapa VIP dapat masuk. Kalau nak masu kelas kena beratur kan?
“Ada kira ke anak orang kaya kene depan, anak orang miskin kena belakang. Akal Allah dah beri cuma perlu gunakan dengan adil dan saksama,” katanya.
Seorang lagi komen di Facebook, Zul Hakime Zul berkata, bekas Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat wajar dijadikan contoh terbaik.
“Kepada semua ahli AJK Masjid Putra, cuba lihat dalam ini siapa yang beratur. Berjawablah di padang masyhar nanti,” kata Zul Hakime Zul yang turut menyertakan gambar lama Allahyarham Nik Aziz sedang beratur bersama orang kebiasaan.
Di sebalik luahan tidak puas hati, masih ada yang berlapang dada dengan apa yang berlaku dan turut berikan cadangan bagi mengatasi isu berbangkit berkaitan double standard.
“Tak kiralah siapa pun bagi saya mudah je. Setiap muslim wajib solat. Cuma sebaiknya datanglah awal. Kalau macam ini punya cerita, sesiapa pun akan marah,” kata Ikmal Basri.
“Cara paling baik dan adil buat walk in. Pukul 12.30 hingga pukul 1 petang. Cukup bilangan tutup pagar,” kata Radi Awang.
“Maafkan je lah. Semoga tidak berulang lagi. Kalau berulang lagi, memang permintaan maaf hanya permainan di bibirmu sahaja,” kata Siti Juliana. - Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram