'Tidak ada meeting antara menteri ke?'


ADA yang kurang senang dengan pendekatan Ahmad Faizal menggunakan platform media sosial untuk menyuarakan satu-satu isu. — The Star

MASA kini semua orang tidak lepas daripada menggunakan media sosial sebagai jaringan perhubungan dan mendapatkan maklumat.

Begitu juga dalam kalangan menteri di negara ini, turut menggunakan platform itu sebagai wadah komunikasi dengan rakyat.

Antara yang aktif di media sosial berkongsi maklumat adalah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tetapi tidak semua antara mereka disenangi rakyat.

Antara yang kurang disenangi adalah Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu apabila beliau membuat hantaran di Facebook tentang usaha kementerian itu mendapat kelonggaran bagi pengusaha industri sukan memulakan operasi.

Ternyata pendekatan Ahmad Faizal mendapat reaksi sebaliknya daripada pengguna media sosial.

Menurut seorang pengguna Facebook, Moo Syazwan menggesa Ahmad Faizal supaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan platform yang betul.

gabungkomplenpeja

Antara komen berbentuk kurang senang di ruangan komen Facebook Ahmad Faizal

“Macam budak Twitter, luah perasaan dekat Twitter. Meeting official takde ke? Hang (awak) tu menteri bukan budak Twitter,” kata Moo Syazwan.

Malah ada yang menyarankan supaya Ahmad Faizal kurangkan bercakap bagi mengelak berlaku kesilapan

Need to work more than talk more. The more you talk, more mistake u make,” tulis Mohd Amli.

Bagaimanapun, muat naik Ahmad Faizal di Facebooknya mendapat lebih tiga ribu komen dan turut mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial.

gabungpeja

Antara komen positif di ruangan komen Facebook Ahmad Faizal

“Nanti bila tidak public (umum) macam ini orang cakap tak buat kerja pula. Cuba relax (tenang) sikit tak payah nak kecam. Dah memang style (cara) dia yang sempoi. Bila dah buka kita yang seronok tapi itulah bila dah ada rasa hasad dengki memang semua tidak kena,” kata Hafizan Syah Sahari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram