Sijil vaksin: 'How about parents or orang tua yang tiada smartphone?'


NETIZEN mempersoalkan kemudahan untuk golongan yang tidak mempunyai akses menunjukkan sijil vaksin. — Agensi

BERMULA semalam, aplikasi MySejahtera melalui proses penambahbaikan bagi memudahkan untuk mengenal pasti status vaksinasi dan risiko pengguna.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan aplikasi itu juga akan turut disertakan dengan butang daftar keluar yang dikatakan mampu membantu proses pengesanan kontak dengan lebih baik.

"Ini akan memudahkan hidup bersama Covid. Kementerian akan mengemas kini dan memperbaiki aplikasi dengan lebih lanjut dalam beberapa minggu akan datang," katanya melalui Twitter pada Khamis.

Walaupun usaha itu mendapat pujian sesetengah netizen, terdapat sebilangan yang menyuarakan masalah mengenai ibu bapa mereka dan orang tua yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan sijil vaksin digital kerana tidak mempunyai telefon pintar.

"How about parents or orang tua yang takde (tiada) smartphone untuk tunjuk sijil vaksin? And bila tunjuk kad vaksin ada certain tempat reject... tak bagi masuk.. harap ada solution for this issue sebab tak semua ada smartphones," kata @nvrthlsjohn.

netzkorner mysejahtera

Antara luahan netizen tentang isu warga tua yang tidak mempunyai MySejahtera. — Twitter

"Bukan ini yang saya risaukan. Ayah saya tak pakai handphone apatah lagi MySejahtera. Mohon solution yang terbaik untuk mereka, buat masa ini, ada kedai-kedai runcit tang menghalang beliau masuk ke kedai untuk beli barangan harian walaupun telah 2 dos," luah @fareezzzzx pula.

"Yb, atuk nenek saya pakai nokia saja. Daftar vaccine pun aunty saya yang buat kan. Sabtu ni dah second dose. Ada pengecualian ke untuk warga emas 60 tahun ke atas untuk pakai card sijil fully vaxxed?" soal @aienjefrii.

Sementara itu, @megatdanial pula mencadangkan supaya kerajaan menyediakan alat pengesanan seperti yang dilakukan di Singapura bagi orang tua yang tidak mempunyai telefon pintar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram