'Jangan terburu-buru, Datuk...'


KEPUTUSAN peralihan Lembah Klang ke Fasa Dua PPN hanya akan diputuskan selepas mesyuarat khas Covid-19. — Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memberi bayangan Lembah Klang boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan kadar vaksinasi bagi populasi dewasa mencapai 89.5 peratus.

Jelas Ismail Sabri melalui hantaran di Facebook rasminya hari ini, keputusan tentang perkara berkenaan hanya boleh dibuat dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet yang dipengerusikan oleh beliau kelak.

Bagaimanapun, berdasarkan komen-komen yang ditulis oleh netizen pada hantaran terbabit, ada antaranya yang tidak bersetuju tentang langkah tersebut.

Antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di ruangan komen Facebook Ismail Sabri:

"Saya mengharapkan agar kerajaan sekarang akan lebih teliti dalam membuat keputusan.. adakah wajar dilonggarkan.. kes mungkin nampak turun secara kasar dan vaksinasi tinggi.. tapi kita juga perlu fokus pada kadar kematian yang tinggi.. Brought in Dead (BID) pun tinggi.. lagi-lagi di Selangor.. seharusnya kita fokus untnk menurunkan kadar kematian dari melihat aspek peratusan ke hospital.. jangan ulang kesilapan kerajaan sebelum ini..," saran seorang pengguna Facebook, ALiz Opl.

"Kes kematian Brought in Dead masih banyak pak long.. tolong ber-meeting akar umbi kementerian kesihatan dahulu," kata Mohd Faizal Samsudin pula.

Antara komen yang tidak bersetuju dengan cadangan Ismail Sabri

"Datuk, kes Covid-19 di Lembah Kelang banyak lagi.. kes jangkitan disebabkan di pusat cucuk vaksin ada juga disebabkan kesesakan.. kerajaan kena bertindak lebih proaktif lagi untuk mengurangkan kes harian," ujar Al Syakaran.

"Jangan terburu-buru Datuk. Vaksin tinggi kes pon masih tinggi. Tengok data lain jugak jangan main feeling sahaja. Jangan jadi gagal 2.0," kata Fa'izin Fa'iz.

"Data kurang tepat tu PM Ismail Sabri Yaakob. Banyak lagi foreigner tak berdokumen dan rakyat tiada dalam rekod yang belum divaksin. Kalau data betul, takkan lah peratusan boleh lebih dari 100 peratus," ujar Mohd Fatris Lumumba.



Antara komen yang membantah langkah untuk membenarkan peralihan Lembah Klang

"Jangan tengok pada data sahaja tapi nilai betul-betul semua aspek.. Ni pelan pemulihan negara atau pelan vaksin sahaja?" kata Hasnizam Haliza Hasnizam.

"Pertimbangkan betul-betul dato... Kes masih tinggi,jangan gunakan data kategori 1 dan 2 sebagai indikator..takut nanti pisang berbuah dua kali.. Risiko terlalu tinggi di lembah klang ni.. Apa2 pun pertimbangkanlah sewajarnya demi kebaikan semua pihak," kata Abu Luqman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram