DI sebalik kekecewaan pembatalan penyertaan Ziyad Zolkifli dalam acara lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik ketika Hari Kemerdekaan ke-64 pada Selasa, turut terselit cerita penuh patriotik.
Tidak dapat dinafikan, agak sukar untuk lebih 32 juta rakyat Malaysia untuk menerima khabar penarikan pingat emas dimenangi Ziyad selepas memecahkan rekod dunia 17.94 meter itu.
Namun tanpa sedar, berita itu menjadi penyebab terzahirnya penyatuan rakyat pada Hari Kemerdekaan apabila segenap platform di media sosial dipenuhi dengan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ziyad.
“ZIYAD U ARE HERO di hati kami. Kami semua menyokong penuh Ziyad Zolkefli. Fight habis habisan for Ziyad lepas ni,” kata pengguna Facebook bernama Ct Nor Aini.
ANTARA komen netizen di Facebook yang memberikan sokongan moral terhadap Ziyad.
“Ziyad tetap juara di mata rakyat Malaysia. Tapi kami berharap pihak berkenaan mesti terus berusaha untuk pertahankan emas untuk Malaysia,” kata Ctzurina Kamat.
“Patut diberikan ganjaran sebagai pemenang pingat emas. Harap pihak kerajaan boleh mempertimbangkan,” kata Kay.
Malah, ada juga yang mahu bersikap positif dalam menerima apa juga keputusan daripada pihak penganjur dan mahu Ziyad kembali lebih garang pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris, Perancis nanti.
“Insya-Allah kita tebus balik kekecewaan di Paris 2024. You’re the best,” kata Mohamad Nur Salam.
“Tidak mengapa Ziyad. Sukan Paralimpik Paris 2024 kita balas balik dan tebus maruah apa yang dilakukan oleh atlet Ukraine. Apa pun Ziyad yang terbaik di dunia,” kata Nicks Dy.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram