SUDAH hampir dua minggu sejak Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan secara rasmi sebagai Perdana Menteri kelapan pada 16 Ogos lalu.
Menurut Muhyiddin, keputusannya itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.
Walaupun hanya 17 bulan memerintah, Muhyiddin Yassin dilihat memberi kesan besar terhadap sebilangan rakyat apabila masih ramai yang tidak dapat menerima keputusan Muhyiddin dan merindui zaman pemerintahan beliau.
Orang ramai yang rindu akan sosok insan yang digelar 'Abah' itu tidak putus-putus meluahkan rasa rindu mereka di ruangan komen Facebook Muhyiddin.
Antara kata-kata netizen:
"Kami Rindukan Abah TSMY..harap Abah TSMY sentiasa diberi kesihatan berpanjangan Amin," tulis Ainee Sisuke.
"Rindu pemerintahan Abah TSMY, semoga next PRU menjadi kerajaan," luah Fahmiey Muhd.
Antara komen-komen netizen yang merindui Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Ada juga yang mahu Muhyiddin kembali menjadi Perdana Menteri.
"Abah apa khabar... Moga sihat-sihat saja...Moga nanti jadi PM balik ya," kata Khaty Adamhamran.
"Rindu Abah di kaca TV buat live!!!! PM10 untuk Abah," kata Shah Shah pula.
Sementara itu, Shahrul SH II pula berkata, dia masih dapat merasakan aura Muhyiddin sebagai seorang pemimpin walaupun sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram