"Meeting boleh datang, kes bicara tak hadir"


RAMAI mempersoalkan kedudukan Ahmad Zahid yang menjenamakan kerajaan sebagai Keluarga Malaysia. — The Star

MESKIPUN namanya tidak tersenarai dalam anggota Kabinet selain terpalit dengan kes-kes mahkamah, namun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkesempatan menjenamakan kerajaan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menggunakan jenama Keluarga Malaysia, Presiden Umno itu berkata, ia diambil bagi menggantikan penjenamaan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, itu antara panduan utama yang dibincangkan dan dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT)Umno bersama Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno.

"Kerajaan terus menggunakan jenama ‘Keluarga Malaysia’ dan kerajaan Malaysia serta tidak lagi menggunakan penjenamaan kerajaan PN memandangkan kerajaan ini merupakan kerjasama politik longgar antara Barisan Nasional (Umno, MCA, MIC dan PBRS), PN (Ppbm, PAS dan Star), GPS dan PBS," katanya menerusi satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno di Kuala Lumpur.

Ternyata kenyataaannya itu mengundang reaksi negatif netizen.

Rata-rata pengguna media sosial yang mempersoalkan kedudukan Ahmad Zahid di dalam kerajaan seolah-olah beliau lebih berkuasa berbanding Perdana Menteri.

“Banyak bunyi pulak dah sihat dia ni.. sapa PM sebenarnya.. ni bukan majoriti Umno semua ya..ingat.. PN ada sama.. macam PM tak pandai nak tadbir Malaysia,” kata Ooney Ahmad.

Zainudin Dino berkata: “Kenapa perlu Umno nak ajar kerajaan baru?”

“Yang kau nak sibuk kenapa nak bantu apa la, tak perlu. Kalau Pak Mail (Ismail Sabri) tak boleh jalankan tanggungjawab bagi pada orang lain.. Yang pasti Pak Mail ok menjalankan tanggungjawab,” kata pengguna dikenali Iskandar Puteri Iskandar Puteri berang.

template (3)

Antara komen netizen menerusi laman sosial Facebook.

Sementara itu, terdapat netizen yang turut mempersoalkan kehadiran Ahmad Zahid ke mesyuarat MKT berkenaan, selain menganggap beliau seolah-olah mengelak daripada menghadiri perbicaraanya di mahkamah pada Rabu lalu.

Pengguna Facebook dikenali Yahya Rajak mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid yang boleh hadir ke mesyuarat MKT, sedangkan tidak boleh hadir ketika dibicarakan.

“Wowww.. ingatkan warded lagi, keluar hospital je dah boleh mesyuarat parti. Elok pulak duduk lama tak sakit belakang,” sindir Po Long.

Hafeez Zarkasi Bin Ishak menulis: “Kata sakit boleh mai (hadir) meeting pulak noh, mahkamah tak boleh pi,”

“Dah nampak sihat nampak tu siap boleh hadir mesyuarat berjam-jam. Jangan pula tiba hari perbicaraan sakit datang lagi, “kata Zawawi Zaini.

template (4)

Berikut adalah antara paparan komen netizen di media sosial.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam melapangkan perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan mengekalkan 1 September untuk sambung bicara.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan pembelaan selepas meneliti surat hospital yang dikemukakan berhubung kecederaan dialami Ahmad Zahid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Zahid Hamidi, netizen, Keluarga Malaysia