PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi telah mengumumkan barisan Kabinet baharu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengumuman tersebut telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang tertunggu-tunggu barisan Jemaah Kabinet baharu sejak Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri Sabtu lalu.
Antara yang menjadi perhatian adalah Jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang sekali lagi diisi oleh Datuk Seri Azmin Ali.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelantikan semula Azmin yang didakwa sebagai punca kenaikan kes Covid-19 negara kerana tindakannya yang membenarkan sektor perkilangan terus beroperasi sebelum ini.
Azmin sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa sektor perkilangan menjadi punca peningkatan kes Covid-19 dalam negara.
Antara komen-komen netizen di Facebook berkaitan pelantikan Azmin:
“Penat rakyat meraung tutup kilang tutup kilang last last ada hantu kilang ni,” kata Tomes Aaria merujuk kepada Azmin.
“Yang lain tu tak kisah sangat, yang si jemin tu! Ada lagi muka dia. Dah tak ada orang berkaliber ke buat jadi menteri?” kata Suhana Mat Lazim pula.
Antara kata-kata netizen berkaitan pelantikan Azmin.
“Rakyat dah tolak Azmin kot... dia masih nak kutip lagi,” kata Nurul Nabila Sulaiman.
Salah seorang netizen yang tidak berpuas hati.
"Teramat pelik mcm mana MP yg byk buat masalah dilantik semula. Bagaimana kerajaan nak menambah baik dasar jika MP dengan sikap yang sama, akhirnya rakyat menerima kesan dan keadaan tidak berubah menjadi lebih baik. Kerajaan sepatutnya ambil ikhtibar dari situasi kabinet yg lepas di mana MP buat keputusan yg menimbulkan banyak persoalan dan menjadikan keadaan lebih buruk...KERAJAAN PN akhirnya jadi KERAJAAN KOBOI," luah Triple A Brothers.
"Orang dah taknak si jemin tu seboleh-boleh dia simpan..." kata Nadhirah Dhaniyah Nashania. — Majoriti