"YB, you ada talent, cuma..."


SYED Saddiq menerima saranan supaya fokus dengan peranannya sebagai pembangkang. — Majoriti

SEBAIK sahaja senarai anggota Kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, beberapa pihak mengambil peluang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap berasian menteri yang dilantik.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menjalankan peranannya sebagai pembangkang turut tidak terkecuali berbuat perkara sama.

Beliau menyifatkan gabungan anggota yang dilantik sebagai Kabinet Gagal 2.0 berikutan kebanyakannya adalah lantikan daripada kerajaan terdahulu.

Syed Saddiq turut mempersoalkan mengapa lantikan baharu itu dibarisi oleh menteri yang jelas tidak mempunyai prestasi yang baik serta masih kekal menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Saya melihat pengumuman Kabinet dari Perdana Menteri sebentar tadi sebagai satu wasted community (bazir peluang) untuk melantik individu yang bagus, ada komitmen untuk membina negara seperti YB Azalina Othman, Dr Asyraf Wajdi, Saudara Shahril Hamdan, YB Ahmad Fadhil Shaari dan lain-lain,” katanya dalam Facebook miliknya.

Gara-gara statusnya itu, netizen tidak mengguna lama untuk memberi pandangan terhadap kenyataan Syed Saddiq itu.

Pengguna laman Facebook dikenali sebagai Mohd Izwan tampil menenangkan kritikan Syed Saddiq dengan menyarankannya supaya tidak membangkitkan sebarang perkara berkaitan politik sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Just focus to be a good opposition.Check and balance okay. (Fokus saja jadi pembangkang yang bagus. Semak dan imbang okay.)

“Next PRU kempen la macam mana pun dengan cara gentlemen untuk nak menang,” katanya.

template (6)

Antara komen-komen pengguna laman Facebook.

Turut berpendapat sama, Raihan Bin Anuar berkata, Syed Saddiq tidak sepatutnya menanamkan nilai negatif dan mentaliti yang buruk, sebaliknya perlu mendoakan perkara yang baik-baik.

“Mentaliti kita harus positif. Sepatutnya kita kena bersatu padu kerana kita semua keluarga Malaysia kan?” katanya.

Tulis Mohd Raffi Sulaiman: “YB jaga la kawasan. Sebab PH (Pakatan Harapan) pun gagal juga 22 bulan je. Baik duduk diam-diam untuk Parlimen Muar,”

Turut mengulas perkara itu, Razali Ismail berkata, Kabinet ketika Covid-19 tiada yang gagal kerana individu yang cerdik tidak akan menyifatkannya sebagai gagal kerana ia sedang berusaha menangani wabak itu dan bukannya berhenti.

“Kalau pandai beza taugeh dengan kacang cerdik la orang tu,” katanya.

“YB jangan pandang rendah pada orang lain. Masa YB ada kuasa pun gagal juga. Ni baru umum Kabinet YB. Bagi la masa tengok apa menteri-menteri ni laksanakan,” bidas Syed Ahmad Bakthiar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Syed Saddiq, Kabinet, netizen