Barisan anggota Kabinet baharu sangat menghampakan - Anwar Ibrahim


  • Politik
  • Jumaat, 27 Ogos 2021

ANWAR menempelak tempoh 100 hari yang ditetapkan Ismail Sabri terhadap Kabinet baharu yang majoriti wajah sama sejak negara dilanda pandemik Covid-19. — Facebook

PEMBANGKANG mengkritik barisan anggota Kabinet baharu yang dikatakan tidak menunjukkan keupayaan untuk menangani isu pandemik Covid-19 dan ekonomi dengan berkesan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sambutan terhadap barisan anggota Kabinet yang disifatkannya sebagai kitar semula itu sebagai sangat menghampakan.

“Apa yang kita harapkan sekarang ialah satu perubahan tetapi ini tidak berlaku.

“Perdana Menteri memberikan tempoh 100 hari untuk menteri-menteri menunjukkan prestasi. Satu setengah tahun yang lalu tidak ada kemajuan yang membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pembentukan kabinet Ismail Sabri menerusi sebuah video yang disiarkan di Facebook pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pembangkang akan tetap secara lantang memantau, menyuarakan dan membantah sekiranya tidak ada program pelaksanaan yang lebih mantap dan berkesan bagi menangani isu Covid-19 dan membawa perubahan terhadap kehidupan rakyat.

“Tetapi yang saya kira agak nyata ialah ia tidak mampu menyuntik semangat baharu dan keyakinan pelabur dalam atau luar negara,” katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram