Ismail Sabri umum senarai Kabinet baharu, tiada jawatan TPM


  • Primer
  • Jumaat, 27 Ogos 2021

ISMAIL berharap supaya barisan Kabinet baharu ini dapat menegakkan kepentingan 'Keluarga Malaysia'. — The Star

PENANTIAN rakyat Malaysia berhubung barisan Jemaah Menteri Kabinet baharu berakhir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membuat pengumuman rasmi sebentar tadi setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengumuman senarai Jemaah Menteri bagi Kabinet baharu itu dibuat dalam tempoh kurang seminggu Ismail memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, 16 Ogos lalu.

Barisan Jemaah Menteri kali ini mengekalkan jawatan empat Menteri Kanan, namun tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam senarai yang diumumkan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein masih kekal sebagai Menteri Kanan menggalas jawatan Menteri Pertahanan manakala timbalan menteri juga kekal dijawat oleh Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga masih kekal dalam Jemaah Kabinet dengan memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dibantu Datuk Lim Ban Hong sebagai Timbalan Menteri.

Jawatan Menteri Kerja Raya pula kekal digalas Datuk Seri Fadillah Yusof sementara Dr Mohd Radzi Md Jidin juga kekal menyandang jawatan Menteri Pendidikan manakala Datuk Seri Mustapa bin Mohamed turut kekal di pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Selain itu, pelantikan penting lain dalam Kabinet termasuk Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang dilantik semula sebagai Menteri Kewangan.

Khairy Jamaluddin pula bertukar portfolio dengan Datuk Seri Dr Adham Baba dan merupakan Menteri Kesihatan yang baharu, sementara Dr Adham mengambil alih tugas Khairy sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini.

Antara wajah lama yang turut kekal menerajui portfolio masing-masing termasuklah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Kerusi Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun masih menjadi tanda tanya dan belum ada bayang tentang individu yang bakal mengisi kekosongan itu.

Ismail berharap agar barisan Kabinet ini dapat membantu menerajui kerajaan dengan lebih efisien selain mengembalikan semula keyakinan rakyat. Beliau juga memberitahu bahawa Kabinet kali ini akan bersikat lebih terbuka dan mereka perlu membuktikan kecemerlangan dalam 100 hari pertama perkhidmatan.

"Kerajaan akan memastikan bahawa barisan Kabinet baru komited untuk merealisasikan agenda nasional melalui kerjasama antara pihak untuk mendorong pemulihan ekonomi negara.

"Pembentukan Kabinet kali ini adalah rumusan semula berdasarkan keadaan semasa untuk menjaga kestabilan dan menegakkan kepentingan 'Keluarga Malaysia'," ujar beliau.

Ismail, 61 tahun, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada 21 Ogos.

Upacara angkat sumpah Jemaah Menteri akan dilangsungkan pada di Istana Negara pada pukul 3.30 petang, Isnin depan.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang semalam.

Baginda berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri. — Majoriti

Berikut adalah senarai penuh jawatan Jemaah Kabinet terkini:

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan

- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Menteri Kewangan

- Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri I: Mohd Shahar Abdullah

Timbalan Menteri II: Tuan Haji Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya

- Datuk Seri Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan

- Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I: Senator Datuk Dr Mah Hang Soon

Timbalan Menteri II: Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

- Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

- Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad

Timbalan Menteri: YB Datuk Mastura Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

- Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

- Senator Tuan Idris Ahmad

Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

- Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: Datuk Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan

- Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar

- Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman

Menteri Sumber Manusia

- Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Timbalan Menteri: Datuk Haji Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan

- Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri: Datuk Seri Jalaluddin Alias

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

- Datuk Seri Rina Harun

Timbalan Menteri: Datuk Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi

- Datuk Dr Noraini Ahmad

Timbalan Menteri: Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli

- Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Timbalan Menteri: Datuk Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri

- Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan

- Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar

Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan

- Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah

Timbalan Menteri II: Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar

- Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri II: Datuk Haji Hasbi Habibollah

Menteri Luar Negeri

- Datuk Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri: Haji Kamarudin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

- Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia

- Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa

Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

- Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Timbalan Menteri: Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

- Datuk Seri Dr Adham Baba

Timbalan Menteri: Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

- Tan Sri Noh bin Haji Omar

Timbalan Menteri: Tuan Muslimin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

- Datuk Dr Hajah Zuraidah Kamaruddin

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

- Datuk Seri Hajah Nancy Shukri

Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara

- Datuk Halimah Mohamed Sadique

Timbalan Menteri: Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan

- Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu

Timbalan Menteri: Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ismail Sabri, Hishamuddin, Azmin Ali, Kabinet