“Umno PM, takkan terus senyap?”


NETIZEN tidak berpuas hati dengan Najib kerana tidak lantang di Facebook selepas Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri

KETIKA Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dahulu, bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak dilihat sering memuat naik hantaran Facebook mengkritik pemerintahan Muhyiddin yang disifatkannya sebagai gagal.

Beliau juga dilihat sentiasa menyuarakan isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat, terumanya kebimbangan akibat peningkatan kes Covid-19, serta sering mengutarakan cadangan untuk menambah baik cara pengendalian Covid-19.

Najib juga sering menggunakan data-data dan graf-graf mengenai situasi Covid-19 negara bagi mengkritik cara kerajaan pimpinan Muhyiddin menguruskan Covid-19.

Namun, sejak Datuk Seri Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri, Facebook Najib kelihatan sudah tidak lagi memuat naik hantaran berkaitan situasi Covid-19 walaupun kes masih lagi di tahap membimbangkan.

Netizen nampaknya tidak gembira dengan perkara tersebut kerana menganggap suara Najib sebelum ini hanyalah bermotif politik untuk menjatuhkan Muhyiddin.

Ada yang turut mempersoalkan sama ada Najib sudah tidak lagi lantang mengkritik kerajaan kerana Perdana Menteri baharu yang dilantik adalah dari parti Umno.

Antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di ruangan komen Facebook Najib:

“Pakjib sembang kencang sangat masa TSMY jd PM haritu, total lockdown separuh masak la,kerajaan gagal la...semua ada kat dia...la dah dapat kat geng umno balik kerajaan hari ni...apa cerita????” luah seorang pengguna Facebook Irwan Mohd Sobri.

“Kes tinggi pun dah xkisah dah....janji parti naik...rakyat teropong jela...” kata Muhamad Anuar Zainal Abidin pula.

“Admin dato dh letak jawatan ke..” sindir Yusran Dkna.

Screenshot 2021-08-26 at 12.06.06 PM

Antara komen lain yang menyindir Najib.

“Rindu zaman graf..subject tu pun dah drop ke..,” kata Abdul Wahab Jamal Muhamad.

“Masa Mahiaddin jadi PM, hari2 tok jib gasak itu ini. bila geng parti sendiri jadi PM... haprak,” kata Muhammad Fahmi Hafizan.

Screenshot 2021-08-26 at 12.07.37 PM

Antara kata-kata pengguna Facebook yang mempersoalkan Najib.

“Kes dah naik 22k sehari tapi Najib Razak takde pun keluarkan data macam sebelum ni marah-marah,” kata Hadi Ismail pula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram