PELANTIKAN barisan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perhatian rakyat sama ada pemilihan dibuat dengan teliti dan tepat.
Bukan setakat rakyat, pemimpin veteran seperti Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyarankan Ismail Sabri agar membentuk Kabinet dengan jumlah yang lebih kecil.
Bekas Perdana Menteri itu mengingatkan agar tiada lantikan menteri atau pun timbalan yang hanya ‘makan gaji buta’ yang mungkin tidak akan beri manfaat kepada rakyat.
Ternyata saranan Tun Mahathir itu mendapat perhatian rakyat yang rata-rata memberi pandangan tersendiri tentang pembentukan Kabinet baharu.
Antara yang disuarakan netizen adalah pelantikan menteri tanpa timbalan bagi mengecilkan Kabinet, sekali gus dapat mengurangkan kos gaji.
Selain itu, mereka meminta menteri yang dilantik mampu menyumbang kepada kesejahteraan negara.
Berikut adalah antara paparan komen netizen di media sosial
Bagi Man Puyuh pula: “Kali ni aku setuju. Kecilkan saja bilangan menteri, tak perlu TPM sebab sorang pun tak layak. Lantikan timbalan menteri 1 dan 2 pun tak perlu. Seeloknya dalam berbelas menteri pun dah okay. Banyak sangat jawatan buat apa kalau duk makan gaji je."
Kebanyakan pengguna media sosial mengharapkan lantikan yang bakal dibuat nanti mampu bekerja buat kesejahteraan negara terutamanya ketika berdepan pandemik Covid-19.
Antara komen netizen menerusi laman sosial Facebook.
“Timbalan bagi menteri yang penting saja senang,” Zakaria Pakya.
“Kecik kan bilangan menteri....no timbalan...work for the nation..,” kata Mazapuspita Md Yasin.
“Untuk tempoh ke PRU15, eloklah Kabinet yang penting dan perlu saja... sesuai dgn ekonomi masa kini...#normabaru,”kata Rashid Manab.
“Setuju dgn tiada jawatan Timbalan Menteri..,” kata Suffian Bachok.
“Menteri... menteri la jugak... rakyat yg dah nazak ni tengok la...jangan dekat PRU je nak sembah rakyat...,´ kata Muhammad Basri. — Majoriti