Amalkan baca bismillah, raih 5 manfaat termasuk menghapus dosa kecil


  • Mukmin
  • Jumaat, 06 Okt 2023

Kalimah bismillah terlihat ringkas namun fadilatnya sungguh luar biasa buat umat Islam.

KALIMAH bismillah atau disebut juga basmallah sudah tidak asing lagi bagi orang Islam.

Bismillahirrahmanirrahim yang bermaksud Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kalimah itu juga menjadi permulaan ayat bagi surah al-Fatihah, ibu segala doa juga penawar segala masalah.

Malah untuk makan, minum, melangkah, memulai pekerjaan dan apa jua niat, kita digalakkan mengucapkan perkataan bismillah terlebih dahulu untuk memperoleh keberkatan dalam apa jua kita lakukan.

Bismillah memiliki banyak keutamaan dan keagungan tetapi apakah sebenarnya kelebihan dan makna di sebalik membaca bismillah?

Majoriti akan mengupas 5 kebaikan membaca bismillah sebelum memulakan sesuatu perkara.

patut-dicontoh-begini-cara-nabi-muhammad-bersyukur-kepada-allah-iVTUmplux7

Pekerjaan baik yang didahului dengan membaca bismillah maka kehidupan individu yang membacanya akan mendapat keberkatanGambar hiasan

1. Mengingatkan kepada ALLAH

Membaca bismillah adalah satu cara untuk mengingatkan diri kita bahawa segala sesuatu yang kita lakukan adalah atas izin dan kuasa ALLAH.

Ia mengingatkan kita bahawa ALLAH adalah pencipta segala-galanya, dan kita hanya manusia yang lemah.

Dengan mengingati ALLAH sebelum tindakan kita, kita mencipta satu hubungan yang lebih erat denganNya dengan melafazkan bismillah.

zikir-setelah-salat

Sesiapa berselawat kepada ALLAH, maka ALLAH akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. (Riwayat Muslim) Gambar hiasan

2. Mendapat keberkatan hidup

Fadilatnya, apa pun pekerjaan baik yang didahului dengan membaca bismillah maka kehidupan individu yang membacanya akan mendapat keberkatan dan malaikat membentangkan sayapnya.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Tiada seorang hamba yang mengucapkan bismillah kecuali ALLAH memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk dicatatkan dalam buku amalannya 400 kebaikan."

958_13-Tips-Mencegah-Gangguan-Jin-Dalam-Kehidupan-Sehari-hari

Individu yang membaca bismillah akan dijauhi daripada gangguan syaitan. Gambar hiasan

3. Perlindungan daripada kejahatan syaitan

Membaca bismillah adalah satu bentuk perlindungan daripada syaitan.

Syaitan akan menjauhkan diri daripada seseorang yang membaca bismillah sebelum melakukan sesuatu.

Ini membantu kita untuk membuat keputusan yang lebih baik dan mengelakkan daripada terpengaruh oleh niat jahat syaitan.

y5dpf1wdi63bywh2zyyo

Walau apa juga ujian yang melanda kehidupan, ALLAH ingin mengajar kita semua mengenai sesuatu. Gambar hiasan

4. Mencegah musibah

Keutamaan membaca bismillah adalah mencegah musibah atau malapetaka.

Dari Ali bin Abi Thalib, Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Wahai Ali mahukah aku (Muhammad) ajarkan kepadamu kalimat menghadapi petaka?, Ali kemudian mengiyakan. Rasulullah kembali melanjutkan sabdanya, “Jika menghadapi petaka maka ucapkanlah: bismillahirrahmanirrahim wa la haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil adhim. Niscaya dengan kalimat itu, ALLAH akan menghilangkan petaka apa pun yang Dia kehendaki.” (Imam Nawawi)

Dengan selalu membaca bismillahirrahmanirrahim, seorang Muslim akan sentiasa mendapat perlindungan daripada ALLAH.

amalan-penghapus-dosa

Membaca bismillah dapat menghapus semua dosa-dosa kecil yang telah dilakukan oleh seseorang Muslim. Gambar hiasan

5. Menghapuskan dosa-dosa kecil

Membaca bismillah dapat menghapus semua dosa-dosa kecil yang telah dilakukan oleh seseorang Muslim.

Hal itu disebutkan dalam sebuah hadis, yang ertinya:

"Barang siapa yang membaca bismillah, maka tidak ada sisa sedikit pun daripada dosa-dosanya yang kecil." (HR. Muttafaq Alaih)

Sebelum melakukan sebarang tindakan atau pun sesuatu perkara adalah digalakkan untuk membiasakan diri dengan dimulakan dengan bismillah.

Ia membawa pelbagai kebaikan termasuk mengingatkan diri kita kepada ALLAH, menyucikan diri, melindungi diri daripada syaitan, menambahkan keberkatan dan banyak lagi.

Oleh itu, kita sepatutnya berusaha untuk sentiasa amalkan membaca bismillah dalam rutin harian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram