Lipas terbang, kupu-kupu antara haiwan kiriman sihir pengasih


  • Mukmin
  • Khamis, 03 Mac 2022

TANGKAP layar mengenai antara serangga akan singgah di rumah dan menjadi 'CCTV' tukang sihir pengasih. — Facebook Petua Ibu

SIHIR pengasih boleh jadi bertujuan agar individu yang disihir mengasihi seseorang sama ada tukang sihir sendiri atau orang yang mengupahnya.

Dalam kalangan masyarakat Melayu, ia juga popular dipanggil ilmu guna-guna.

Halaman Facebook, Petua Ibu mendakwa, terdapat beberapa serangga akan singgah di rumah dan menjadi 'CCTV' tukang sihir untuk melihat sejauh manakah perkembangan sihir yang mereka hantar kepada mangsa.

sihir kupu2

TANGKAP layar hantaran dari Petua Ibu mengenai serangga penyihir.

"Awasi jika ada serangga ini masuk ke dalam rumah pada waktu senja, malam atau tengah malam. Biasanya mereka akan melekat atas siling betul betul atas kepala kita..macam tenung kita saja..

"Antaranya kupu kupu, belalang, belalang pelesit, lipas terbang, lalat, semut (tiba-tiba ada seekor saja), pepatung.

"Menurut jin merasuk anak..itulah CCTV penyihir Kita. Nak tahu apa yang kita buat atau perkembangan sihir mereka," katanya.

Menurutnya, bagi mengelak terkena sihir pengasih, seseorang itu perlu menangkapnya dan meletakkan ke dalam botol ataupun bekas tertutup.

"Langkah..kejar..pukul..Dan tangkap letak dalam botol atau bekas tertutup. Goncang dan biar lemas..nanti yang upah sihir pun lemas..Insya-ALLAH," katanya.

Mengulas dakwaan itu, pendakwah bebas, Ustaz Abd Rahman Tajudin yang merupakan Felo ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute) berkata, sememangnya terdapat sihir yang boleh dihantar melalui haiwan-haiwan itu.

"Ya ada kebenaran juga. Sebab sihir dihantar boleh melalui haiwan-haiwan seperti pepatung dan kupu-kupu.

"Cara hapusnya memang dgn menangkap haiwan tersebut. Kaedahnya pelbagai ada yang terus bunuh dan ada yang disimpan di botol, botol itu kemudiannya akan ditanam," katanya kepada Majoriti.

Menurutnya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, terdapat tukang sihir membuat patung berupa Nabi SAW daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan.

Maka dicampakkan ke dalam telaga keluarga Zarwan di mana telaga Nabi SAW selalu mandi dan setelah Nabi Muhammad SAW mandi di telaga tersebut, ditakdirkan, Baginda terkena sihir selama 40 hari.

"Ilmu santau ini kekal dan diamalkan sehingga sekarang iaitu dikategorikan dengan santau dengan cara ditanam.

"Pengunaan apa-apa bahan dari badan kita yang dibuat santau sangatlah keras dan mendalam kesannya.

"Sebab tu kalau rambut atau kuku kita jangan buang bersepah atau merata-rata takut-takut diambil oleh orang yang nak sihirkan kita," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram